RM250k demi ‘syurga’

Pasir Mas: Pengorbanan dan jerih perih ibu bapa membesarkan 14 beradik dengan pendapatan tidak seberapa sebagai penoreh getah mendorong anak pasangan itu membina rumah baharu yang lebih selesa untuk membalas jasa insan tersayang.

Hasrat murni itu dilakukan 14 beradik dengan 11 daripada mereka mengumpulkan wang kira-kira RM250,000 bagi membina rumah baharu buat syurga mereka selepas kediaman lama semakin usang dan berhadapan masalah banjir setiap tahun.

Kisah keluarga berkenaan mendapat perhatian apabila menantu, Ramly Yaacob, 67, dan Rohani Mat Zain, 56, iaitu Aida Fitri Napi, 29, berkongsi video di TikTok yang mendapat pujian ramai.



Berkongsi kisah itu, Mohd Tarmize Ramly, 32, berkata video itu dikongsikan di TikTok oleh isterinya sebagai kenangan mereka sekeluarga selepas bapanya meninggal dunia pada 7 April lalu.

Menurutnya, rumah enam bilik dengan empat bilik air itu dibina di hadapan rumah lama mereka di Kampung Chasi To Uban, di sini, pada 2019 dan kini sudah empat tahun diduduki ibu bapanya.

“Ayah meninggal dunia selepas sembilan hari dia diserang angin ahmar dan kami bersyukur arwah sempat merasa empat tahun tinggal di rumah yang lebih selamat, selesa, cantik dan luas.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button