Lelaki didakwa bunuh Abe layak dibicara, bakal berdepan hukuman mati

Lelaki didakwa bunuh Abe layak dibicara, bakal berdepan hukuman mati

Lelaki didakwa bunuh Abe layak dibicara, bakal berdepan hukuman mati

TOKYO: Lelaki yang dituduh membunuh bekas perdana menteri Jepun, Shinzo Abe didakwa hari ini selepas semakan psikiatri yang panjang mendapati dia layak untuk dibicarakan.

Tetsuya Yamagami ditahan serta-merta selepas menembak mati Abe ketika bekas pemimpin itu memberi ucapan kempen di bandar Nara di barat Jepun Julai tahun lalu.

Lelaki berusia 42 tahun itu menghabiskan masa berbulan-bulan menjalani penilaian psikiatri yang berakhir awal minggu ini selepas dia dipindahkan ke balai polis di Nara.



Jurucakap Mahkamah Daerah Nara, Kenichiro Nomura berkata, Yamagami berdepan tuduhan membunuh dan melanggar undang-undang kawalan senjata dan bakal berdepan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Menurut media tempatan, Yamagami mengaku membunuh Abe dan imej yang diambil di tempat kejadian menunjukkan dia memegang dan melepaskan tembakan menggunakan senjata buatan sendiri.

Dia dilaporkan menyasarkan Abe berikutan hubungan bekas pemimpin itu dengan Gereja Penyatuan, mazhab global yang ahlinya kadangkala dirujuk sebagai ‘Moonies’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Yamagami dipercayai membenci gereja itu atas sumbangan besar yang dibuat ibunya sehingga memufliskan keluarganya.



Kumpulan itu yang secara rasmi dikenali sebagai Persekutuan Keluarga untuk Keamanan dan Penyatuan Dunia telah menafikan salah laku dan berjanji untuk menghalang sumbangan berlebihan daripada ahlinya.-AFP

“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

Lelaki didakwa bunuh Abe layak dibicara, bakal berdepan hukuman mati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“SPRM wajar siasat kewangan PAS semasa PRU” – Ahmad Said

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker