“Spot-rim” akan mula siasat studio maya?

Oleh – Bakhtiar Omar


"Spot-rim" akan mula siasat studio?

Gelaran “Spot-rim” adalah gantinama yang digunakan oleh netizen untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.



Netizen lebih gemar menggunakan nama “Spot-rim” kerana lebih mesra bunyinya kepada mereka dan senang untuk memberi isyarat kepada pembaca yang mengikuti perkembangan siasatan yang dilakukan SPRM.

Dikatakan, “Spot-rim” sudah mulai mengintai studio-studio maya yang digunakan para ‘influencer’ bagi mencari pengaruh atau menyebarkan propaganda politik yang tidak sihat kepada netizen.

Siasatan terhadap studio yang menyebarkan berita tidak sahih serta memesongkan fakta sememangnya dialu-alukan ramai pelayar media sosial. 

Apatah lagi ramai ‘influencer’ kini beralih dari YouTube ke aplikasi TikTok bagi mencari pengaruh. Nampak seperti tidak memberi kesan, namun sebenarnya impak cukup besar jika dibiarkan berlanjutan.



Bayangkan, dengan hanya menggunakan video yang tidak diketahui sumbernya, mereka boleh mengolah cerita kononnya kejadian berlaku dalam negara.

Itu belum mengambil kira berita yang diputarkan kisah sebenarnya oleh para ‘influencer’ dengan menggunakan studio sebagai platform.

Persoalan utama, dari mana sumber kewangan mereka sehingga mampu memiliki kelengkapan sebuah studio? Untuk menyewa sahaja memerlukan belanja yang agak besar ditambah dengan kelengkapan dalam studio. 

Itu belum mengambil kira kos untuk memancarkan temubual atau siaran. Adakah mereka yang mempunyai studio ini sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu dalam politik? 



Baca – SIAPA BEKAS MENTERI DAN AHLI PERNIAGAAN YANG DI’KUTIP’ SPRM?

STUDIO MAYA – WANG SUMBANGAN ATAU ‘CUCI DUIT’?

Jika di taja, berapakah jumlah bayaran bulanan dan adakah itu termasuk sumbangan politik atau wang rasuah?

SPRM sebenarnya perlu melihat perkara kecil sebegini untuk dipantau kerana ada kemungkinan stuido diwujudkan bagi kegiatan ‘mencuci wang’.

Hasil ‘sumbangan’ akan disalurkan ke studio dalam bentuk tunai dan kononnya sebagai bayaran menggunakan studio tetapi dalam masa sama wang tunai akan disalurkan ke akaun proksi yakni pemilik studio dan akan digunakan bila tiba masanya.



Bak kata pepatah ‘Mencegah lebih baik dari mengubati’, ada baiknya SPRM melihat kemungkinan-kemungkinan itu semua.

Ternyata gerakan lebih tegas yang dilakukan SPRM membuka mata rakyat Malaysia akan tekad agensi berkenaan dalam menghalang korupsi dari berulang.

Seleweng RM2.3 billion, Mahathir akan disiasat?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button