Ada Hikmahnya Apabila Allah Masih Belum Izinkan DS Najib Bebas

Ada Hikmahnya Apabila Allah Masih Belum Izinkan DS Najib Bebas

Ada Hikmahnya Apabila Allah Masih Belum Izinkan DS Najib Bebas

Sebagai umat Islam, kita semua beriman kepada qada’ dan qadar Allah SWT.

Kita juga akui, setiap yang telah ditentukan Allah SWT kepada hambaNya, sama ada yang baik atau yang buruk, pasti ada hikmahnya.

Ada antara hikmah tersebut dapat kita lihat dan fahami dengan segera dan mudah.



Tetapi ada antara hikmah tersebut tersembunyi di sebalik ketetapan Allah SWT dan memerlukan masa untuk kita fahami.

Begitulah yang sedang berlaku ke atas pemimpin yang sangat kita sayangi, DS Najib.

Beliau disayangi rakyat marhaen bukan kerana beliau datang dari golongan bangsawan.

Tetapi beliau disayangi oleh rakyat marhaen kerana jasa yang beliau taburkan selama 9 tahun menjadi perdana menteri terlalu banyak.



Namun begitu, Allah SWT mengizinkan beliau dipenjarakan bukan kerana kesalahan yang beliau lakukan, tetapi kerana dendam kesumat musuh politik beliau.

Dan sehingga kini DS Najib terus dipenjarakan dan hanya Allah SWT sahaja yang tahu bila beliau akan keluar untuk kembali bersama rakyat.

Apa hikmah di sebalik bala yang menimpa DS Najib?

Sebagai seorang bangsawan, DS Najib adalah seorang yang terlalu pemaaf dan sentiasa bersangka baik terhadap semua orang.



Beliau menganggap manusia di sekeliling beliau mempunyai sikap yang sama seperti beliau.

Tetapi apabila beliau kehilangan kuasa dan kini dipenjarakan, wajah sebenar musuh yang selama ini bersembunyi terdedah.

Bukan sahaja dari kalangan ahli politik, tetapi juga netizen yang sebelum ini bersembunyi kini telah terdedah satu persatu.

Bukan seorang dua, tetapi puluhan netizen yang selama ini mengaku sebagai penyokong tegar DS Najib, rupa-rupanya hanya berpura-pura hanya untuk mendapatkan laba.



Kini hampir semuanya telah dikenal pasti, walau pun harga yang terpaksa dibayar oleh DS Najib sangat mahal.

Penulis berharap, apabila telah diizinkan Allah SWT untuk DS Najib kembali bersama kita, beliau akan lebih mudah membezakan antara kawan dan lawan.

 

Ada Hikmahnya Apabila Allah Masih Belum Izinkan DS Najib Bebas

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button