Azmin Ali tidak berminat jadi MB?

Jawatan PM lebih menarik

Oleh Nurul Aisyah

SEBAGAIMANA yang kita tahu Bekas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali tidak berhasrat untuk bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Secara logiknya, PRN hanya menjanjikan jawatan Menteri Besar sebagai posisi paling tinggi. Jawatan tersebut telah Azmin dapat sebelum ini maka sudah tentulah ianya bukan lagi menjadi idaman beliau.

Desas desus mengatakan Azmin hanya mempunyai satu impian ketika ini iaitu mahu menjadi Perdana Menteri. Oleh itu, kemungkinan besar, beliau hanya akan fokus pada parlimen semata-mata.



Pilihan Raya Umum ke 16 (PRU16) dijangka paling lewat pada 2027. Tindakan Azmin mahu berehat ketika ini dilihat selari dengan tarikh PRU16 kelak.
ADS

Sebelum ini, laporan mengenai spekulasi bahawa beliau mungkin akan bertanding di kerusi “lebih selamat” di Morib pada pilihan raya negeri Selangor akan datang mula bertiup kencang.

Azmin berkhidmat selama satu penggal sebagai ADUN PKR di Hulu Kelang sejak 1999 diikuti tiga penggal di Bukit Antarabangsa sejak 2008. Beliau kini merupakan Adun Bukit Antarabangsa di DUN Selangor dan menyandang kerusi itu selama tiga penggal.

Dia juga pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen Gombak sejak 2008.



Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dikatakan bercadang membubarkan DUN pada 19 Jun dan selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menetapkan tarikh pilihan raya negeri.

Lima negeri lain iaitu Pulau Pinang, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu akan turut mengadakan PRN dalam masa terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button