Dengar anak menjerit sebelum lihat janin

Kulai: Kulai: Polis menahan lelaki dipercayai merogol remaja sehingga mengandung dan keguguran di kediaman Layang-Layang, di sini, 15 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima laporan pada 5.59 pagi 15 Mei lalu daripada seorang wanita berusia 56 tahun yang memaklumkan anak perempuannya keguguran.

Katanya, kira-kira 1.30 pagi, ketika pengadu berada di rumahnya mendengar anak perempuannya berusia 15 tahun menjerit kesakitan di dalam tandas.



“Pengadu lihat ada janin dalam mangkuk tandas dan kemudian mengambil janin itu serta hantar anaknya bersama janin ke hospital untuk rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat terhadap janin berkenaan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru mendapati usia janin lebih kurang 28 minggu.

“Tiada kecederaan seperti tekanan, paksaan dan kecederaan luaran pada janin berkenaan.

“Mangsa beritahu dirogol oleh seorang lelaki warga tempatan yang dikenali di belakang rumah mangsa,” katanya.



Menurutnya, susulan itu pada 6 petang hari sama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai dibantu anggota polis Balai Polis Bemban membuat serbuan dan tangkapan seorang remaja lelaki, 18 , di Kluang.

Suspek dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button