Komen Dapat Jilat ‘Best’, Sharifah Sakinah Respon Takut Menyesal Je

Baru-baru ini, nama pelakon sensasi, Sharifah Sakinah kembali menjadi bualan ramai selepas dia berkongsi sepotong video yang memperlihatkan dirinya sedang menggayakan baju jenis sequin berwarna merah jambu sehingga dikatakan terlalu seksi.

Belum lagi reda isu berkenaan, Sakinah sekali lagi mengajak netizen singgah ke laman Instagram miliknya selepas dia memuat naik foto terbaharu yang memperlihatkan dirinya seakan sedang berkemban.

Menerusi hantaran tersebut, aktres berusia 34 tahun itu berkongsi tips kepada pengikut bagaimana dia menjaga kulitnya selepas melakukan proses menggelapkan kulit sehingga menjadi warna coklat keperangan (tan).



Ramai tanya macam mana jaga kulit untuk tanned. Berjemur di bawah pancaran matahari, minum air yang banyak dan ambil vitamin C (bukan untuk memutihkan).

Komen jahat

Bagaimanapun, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi kurang senang daripada wargamaya.

Menjengah ke ruangan balas, seorang netizen telah meninggalkan komen berbaur lucah dengan mengatakan dia mahu menjilat fizikal aktres berkenaan.

Tidak mendiamkan diri, adik kepada pelakon Sharifah Shahira itu telah menyelar komen jijik berkenaan dengan memberi amaran keras mengatakan invididu tersebut akan menyesal jika berbuat demikian.



Sumber: Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button