Seorang penjawat awam NS ditahan, disyaki salah guna jawatan
Seorang penjawat awam NS ditahan, disyaki salah guna jawatan
SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan (NS) menahan seorang penjawat awam di sebuah jabatan kerajaan di sini kerana disyaki menggunakan jawatan untuk mendapatkan wang tuntutan berjumlah lebih RM200,000.
Menurut sumber, suspek adalah wanita berusia 30an dipercayai ditahan kira-kira jam 1 tengah hari tadi ketika hadir di pejabat SPRM NS di sini untuk memberi keterangan.
“Suspek disyaki menyalahgunakan jawatannya pada 2020 hingga 2023 dalam mengadili kes tuntutan kewangan yang mana wang tuntutan itu diterima sebagai suapan bagi dirinya sendiri,” kata sumber itu lagi.
Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra bin Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Seorang penjawat awam NS ditahan, disyaki salah guna jawatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Taufiq Ayman Seorang Yang Pandai Menyimpan Rahsia Dari Isteri, Ada Apa Apa Ker?
- Mengapa Pertuduhan Mahiaddin Di Batalkan?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :