4 kru kapal Indonesia ditemui terdampar di Pulau Pemanggil

4 kru kapal Indonesia ditemui terdampar di Pulau Pemanggil

4 kru kapal Indonesia ditemui terdampar di Pulau Pemanggil
Empat kru kapal warga Indonesia dari Tanjung Pinang gembira berjaya diselamatkan selepas terdampar dua hari di Pulau Pemanggil, dekat Mersing hujung minggu lalu. – Foto ihsan Maritim Malaysia

MERSING: Empat kru kapal warga Indonesia hanyut sejauh kira-kira 110 batu nautika dari perairan Tanjung Pinang, selepas bot mereka mengalami kerosakan enjin kira-kira 6 petang, Sabtu lalu.

Mereka yang dikenali sebagai Darman, 42, Murhairi, 57, Agus Mustafa, 25, dan Suhandri, 22, terdampar dua hari di pantai Pulau Pemanggil, dekat sini, sebelum ditemui penduduk tempatan.

Pengarah Maritim Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata, semua mangsa dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kecederaan.



“Maritim Negeri Johor menerima aduan awam memaklumkan terdapat satu kapal mencurigakan hanyut berhampiran perairan Pulau Pemanggil Mersing.

“Sebuah bot ronda Maritim Malaysia, Perkasa 44 yang sedang melakukan rondaan telah diarah untuk membuat pemantauan dan pemeriksaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kerana Zeti banyak “tak tahu”, Mahathir dipanggil Mahkamah.




“Dalam masa yang sama satu laporan polis dibuat oleh penduduk Pulau Pemanggil memaklumkan empat orangtidak dikenali terdampar di pantai Pulau Pemanggil,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suhaizan berkata semua kru berkenaan nekad berenang ke tepi pantai menyelamatkan diri kerana risau kejadian lebih buruk berlaku terhadap kapal kargo yang membawa muatan barangan keperluan harian itu.

Katanya, mereka semua akan dihantar pulang ke jeti asal di Tanjung Pinang apabila proses dokumentasi dengan pihak kedutaan Indonesia dan proses baik pulih enjin kapal selesai dilakukan.

4 kru kapal Indonesia ditemui terdampar di Pulau Pemanggil


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Buktikan Harvard Tidak Sama Dengan Oxford

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading