Kuih bulan turut `didagang’ scammer

Kuih bulan turut `didagang’ scammer

Kuih bulan turut `didagang' scammer
Gambar fail – Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Brodie Brangka. – Foto ihsan FB

KOTA SAMARAHAN: Seorang peniaga mendakwa kerugian RM35,000 apabila hanya menerima 807 daripada 969 set kuih bulan yang ditempahnya daripada seorang individu menerusi Facebook.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata mangsa yang juga pengusaha butik di sini memaklumkan membuat tempahan daripada individu dikenali Mr Kong pada 9 Ogos lalu.

Katanya, mereka turut berhubung melalui telefon untuk berurus niaga, dengan suspek menggunakan nombor 016 7282477.



“Mangsa membuat tempahan sebanyak 969 set kuih bulan dan memasukkan wang tunai ke akaun RHB Bank milik suspek sebanyak RM79,860.60.

“Sehingga sekarang, mangsa hanya menerima sebanyak 807 set kuih bulan yang bernilai RM44,860.60 manakala bakinya belum diterimanya adalah dianggarkan bernilai RM35,000,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

United Nation Sahkan Malaysia Sudah Selamat




Brodie berkata mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai Maong pada jam 1.31 petang, 19 September lalu.

Katanya, orang ramai juga boleh menghubungi National Scam Response Center (NSRC) di talian 997 jika menjadi mangsa penipuan siber (Phone Scam, Love Scam, e-Dagang, Pinjaman Tidak Wujud dan sebagainya) atau sekiranya baru sahaja membuat transaksi pemindahan wang ke mana-mana akaun bank atau e-dompet suspek.

Selain itu, orang ramai juga boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui aplikasi Check Scammers CCID melalui laman sesawang http://semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Kuih bulan turut `didagang’ scammer


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Kemunafikan PN Dan ‘Kepelikan’ DNAA Zahid

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button