Parti Amanah pun tidak mahu bersama PAS

Oleh Adam Malik

Parti Amanah enggan kerjasama dengsn PAS tolak sertai Muafakat Nasional

 



Nampaknya PAS masih mencuba Nasib sebagai saudagar mimpi dalam politik mencari pasangan untuk kelangsungan “survival” partinya

Terkini beberapa pemimpin Parti AMANAH @ PAN memberi kenyataan tidak akan bersama sama PAS didalam Muafakat Nasional.

Tidak masuk akal untuk bersama sama PAS jika PAN  sertai Muafakat Nasional lalu akibatkan Kerajaan Perpaduan @ MADANI akan runtuh.

Menurut Mahfuh Omar , PAN tidak akan terjerat dengan umpanan PAS yang sedang terdesak kerana tidak akan dapat bertahan selama 3 tahun sebagai pembangkang tanpa dana.



Naib Presiden  PAN Mahfuz Omar berkata kerjasama itu juga tidak perlu kerana PAS, antara pelopor MN telah menolak muafakat perpaduan bagi membentuk pentadbiran Putrajaya selepas PRU15.

Tawaran Datuk Ahmad Samsuri supaya PAN sahut tawaran sertai MN demi perpaduan politik Melayu Islam tidak disahut oleh PAN , malah dapat cemuhan dan sindiran.

PAS sangat terikat dengan Muhyiddin Yassin dan berhutang sesuatu kepadanya sehingga PAS gagal jadi Kerajaan akbat salah percaturan Muhyidin pun  PAS masih enggan menyuruh Muhyiddin minta maaf.

Bahkan apabila Muhyiddin terpalit dengan banyak kes rasuah dan  AMLA pun PAS sangat takut untuk mendesak Muhyiddin undur atau letak jawatan.



Ini bermakna Muhyiddin yang menjadi “Tuan” kepada PAS dan diatas Muhyiddin adalah Tun  Mahathir.

 

Faktor lain juga dipercayai Parti PAN tidak percaya kepada PAS memandangkan PAS miliki rekod pengkhianatan dan beTuankan siapa sahaja yang mampu beri dana.

PAS sepatut ambil alih kepimpinan Peikatan Naional dan pemimpin PAS menjadi Ketua PN, tapi ini pun PAS tidak mampu walau miliki banyak kerusi.



Berkemungkinan pelawaan PAS  untuk muslihat BERSATU pula memimpin MN dan PAN dibawah nya.

UMNO sudah pun faham wayang kulit PAS kerana dibelakang PAS masih ada Mahathir.

Ketika dalam MN bersama UMNO, PAS tidak pula pelawa PAN.

Apa pun mungkin ada kewarasan PAN untuk menolaK MN kerana tipu muslihat politik PN dan PAS dan bukan kerana menolak perpaduan Melayu Islam.



 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button