Jam Jacob & Co. Ronaldo bernilai RM4.2 juta

LONDON: Cristiano Ronaldo menayangkan jam tangan mewahnya namun harga jam itu hanyalah sebahagian kecil daripada kekayaan dimiliki bintang Al Nassr itu.

Pemain berusia 38 tahun itu menjadi atlet meraih pendapatan tertinggi di dunia selepas menyertai kelab Arab Saudi itu hujung tahun lalu.

Dia dianggarkan mengaut RM979 juta daripada gaji dan aktiviti komersialnya bersama Al Nassr.



Justeru, tidak hairanlah sekiranya bintang Portugal itu memiliki aset mewah termasuklah jam tangan yang dikongsinya menerusi laman Instagramnya.

Ronaldo bergaya dengan baju polo berwarna putih dan memegang cawan berwarna putih.

Namun jam yang dipakainya lebih mencuri tumpuan – jam Jacob & Co. yang bernilai RM4.2 juta.

Harga jam itu jelas bukanlah satu masalah buat Ronaldo apatah lagi dengan kemewahan yang sudah dihimpun sejak menjadi salah seorang bintang yang mendapat gaji tertinggi sepanjang sedekad ini.



Dia adalah atlet paling popular dengan pengikut media sosialnya secara keseluruhan adalah seramai 855 juta dan mendapat kira kira RM18 juta seminggu.

-AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button