Laporan Polis Di Buat Ke Atas Pesuruhjaya PAS Perak

Laporan Polis Di Buat Ke Atas Pesuruhjaya PAS Perak

Laporan Polis Di Buat Ke Atas Pesuruhjaya PAS Perak

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Akibat menyebarkan berita palsu kononnya Kerajaan Perak akan tumbang, satu laporan polis akan dibuat ke atas Pesurujaya PAS Perak, Razman Zakaria.



Sebelum ini Razman mendakwa telah ditemui oleh beberapa ADUN Perak yang telah bersetuju untuk membentuk kerajaan baru yang diterajui oleh PAS.

Sebagai respon, Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad, telah membuat sidang media dengan semua ADUN Perak yang berada di blok kerajaan.

Yang tidak hadir cuma ADUN Kepayang, Nga Kor Meng, kerana berada di Jepun atas urusan rasmi kerajaan pusat.

Baca di sini:



https://bernama.com/bm/news.php?id=2191007

Menurut Saarani, kenyataan Raziman berbaur hasutan dan boleh menggugat kestabilan kerajaan negeri Perak.

Oleh itu, kerajaan negeri Perak akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Antara tindakan yang akan diambil adalah membuat laporan polis di bawah Akta Hasutan.



Bagi penulis, tindakan Raziman hanya membuktikan betapa rakusnya pemimpin Perikatan Nasional terhadap kuasa.

Tanpa memikirkan tindakan tersebut boleh menyebabkan pelabur lari, mereka akan lakukan apa sahaja untuk sabotaj kerajaan.

Sudah sampai masanya kerajaan dan rakyat bertindak tegas terhadap pengkhianat yang mahu melihat rakyat terus menderita.

 



Laporan Polis Di Buat Ke Atas Pesuruhjaya PAS Perak

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button