Hasutan Undi PN Najib Bebas

Hasutan Undi PN Najib Bebas

Hasutan Undi PN Najib Bebas

Menjelang pilihanraya negeri di 6 buah negeri, Perikatan Nasional PN) dilihat semakin panik.

Walaupun cuba dinafikan, tetapi tidak dapat disangkal, PN kini semakin dilanda defisit keyakinan rakyat.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2023/05/19/pn-hadapi-defisit-sokongan-pengundi-melayu-dalam-6-prn/

PN cuba meyakinkan rakyat dengan cuba mempamerkan imej bersih.

Tetapi penglibatan beberapa pemimpin utama mereka dalam jenayah rasuah telah menghakis keyakinan rakyat.

Kerjasama antara BN dan PH dalam Kerajaan Perpaduan yang semakin serasi sangat meresahkan PN.



PH dijangka akan menguasai undi dari pengundi bukan Melayu, manakala UMNO pula dijangka akan menarik undi dari pengundi Melayu.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan, PN bukan sahaja tidak akan mampu menawan Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Malah Kedah dan Terengganu juga berada dalam keadaan yang sangat sukar untuk mereka pertahankan.

Manakala Kelantan yang selama ini menjadi kubu kuat PAS juga boleh terlepas dari genggaman PN.



PN sedar, mereka tidak mempunyai kekuatan untuk merampas undi bukan Melayu dari PH.

Satu-satunya jalan untuk mereka mempertahankan sekurang-kurangnya  Terengganu dan Kelantan adalah merampas undi Melayu kepada UMNO.

Namun begitu, dengan perkembangan politik terkini di tanah air, PN tidak mempunyai sebarang isu untuk dijadikan modal politik bagi menghakis keyakinan pengundi Melayu terhadap UMNO.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2023/05/19/carca-marba-pn-mencari-modal-kempen-dalam-prn/

Satu-satunya ruang yang boleh PN gunakan adalah mempolitikkan isu pengampunan DS Najib.

Politik Munafik PN

PN sedar, pengaruh DS Najib sangat besar bukan sahaja di dalam UMNO, malah di kalangan rakyat marhaen, terutamanya bangsa Melayu.

Majoriti rakyat serta akar umbi UMNO begitu berharap supaya DS Najib diberikan pengampunan dalam persidangan Lembaga Pengampunan pada 28 April yang lepas.



Namun ianya tidak menjadi kenyataan.

Keadaan ini segera diambil kesempatan oleh PN untuk mengikis keyakinan pengundi Melayu terhadap kepimpinan UMNO dan Kerajaan Perpaduan.

PN juga sedar, sekiranya mereka yang bercakap mengenai isu ini, sudah pasti rakyat akan menyambutnya dengan sinis.

Mereka perlu gunakan jurucakap yang sebelum ini dilihat sebagai penyokong tegar DS Najib untuk menaburkan jarum fitnah mereka.



Lalu timbullah hasutan kononnya dengan mengundi PN, DS Najib akan dibebaskan.

Jangan Ambil Kesempatan Dari Kesempitan Orang Lain

Penulis meminta supaya akar umbi UMNO dan rakyat marhaen berfikir secara rasional dan matang sebelum mempercayai bulat-bulat hasutan tersebut.

Muhyiddin adalah individu yang sangat membenci DS Najib.

Ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau sudah menggerakkan kudeta 4 Tan Sri untuk menggulingkan DS Najib dari kerusi perdana menteri.

Ketika beliau menjadi perdana menteri, beliau pernah menuduh kononnya DS Najib pernah merayu kepada beliau supaya kes DS Najib digugurkan.

Dan jangan lupa, ketika beliau menjadi perdana menteri, tidak ada usaha untuk membawa pulang Jho Low.

Malah diberikan pula pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Malah, ketika beliau menjadi perdana menteri, ada usaha yang dilakukan untuk mengeluarkan nama Jho Low dari senarai merah Interpol.

Serta ada permintaan supaya paspot Jho Low dikembalikan.

Antara kandungan perjanjian antara Ismail Sabri dan Muhyiddin ketika peralihan kuasa adalah mesti dipastikan DS Najib dipenjarakan.

Adakah dengan segala fakta di atas boleh menyokong dakwaan kononnya dengan mengundi PN, maka DS Najib akan dibebaskan?

Jangan kita diperbodohkan sekali lagi dengan permainan politik toksik Muhyiddin.

Kepada bekas penyokong DS Najib yang kini sudah menjadi jurucakap PN, segeralah bermuhasabah.

Jangan jadikan penderitaan DS Najib sebagai tunggangan untuk mendapatkan sedikit laba dunia.

Semuga Allah SWT berikan hidayah kepada kita semua.

 

Hasutan Undi PN Najib Bebas

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button