Pasangan Kekasih Buat ‘Projek’ Dalam Kereta

Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat letak kereta di Tasik Bukit Layang-Layang, Johor baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak, penahanan tersebut dibuat susulan rakaman berdurasi 42 saat yang memaparkan aksi tidak senonoh pasangan ini di dalam kenderaan berwarna putih telah tersebar di media sosial.

Kami telah memulakan siasatan berhubung perkara itu dan berjaya mengesan pasangan terbabit sebelum menahan mereka sekitar Pasir Gudang.



Suspek lelaki berusia 29 tahun manakala teman wanitanya berusia 19 tahun.

Kami akan berkongsi butiran lanjut sebaik mendapat perintah reman.

Sebelum ini iaitu sekitar 6 April lalu, tular satu video di Twitter memaparkan seorang lelaki 22 tahun dan wanita 17 tahun yang masih berpakaian t-shirt sekolah pada ketika itu telah melakukan aksi tidak senonoh di tempat letak kereta di kawasan Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Sumber: The Star



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button