35 PATI Indonesia ditahan ketika sembunyi dalam ladang kelapa sawit

35 PATI Indonesia ditahan ketika sembunyi dalam ladang kelapa sawit

35 PATI Indonesia ditahan ketika sembunyi dalam ladang kelapa sawit
Foto hiasan

MANJUNG: Seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia ditahan ketika bersembunyi di ladang kelapa sawit di Segari dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata terdahulu, pergerakan kumpulan itu dikesan hasil maklumat orang awam yang melihat sebuah bot terdampar di pesisir pantai di Segari.

Bot terbabit dikatakan dinaiki warganegara asing.



Menurutnya, hasil pencarian di kawasan dilaporkan, pihaknya berjaya mengesan dan menahan kumpulan itu.

Katanya, mereka membabitkan 24 lelaki dewasa, 10 wanita dan seorang kanak-kanak lelaki. Kesemuanya bersembunyi di kebun sawit berdekatan pantai berkenan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




“Hasil siasatan awal, kami kemudiannya menahan dua lelaki tempatan yang disyaki dalang dalam kegiatan penyeludupan itu di sebuah restoran makanan laut di sekitar Kampung Bharu, Manjung. Mereka kemudiannya direman bagi membantu siasatan.

“Kes diklasifikasikan sebagai penyeludupan manusia dan disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959 serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959.

“Kesemua tangkapan akan ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

35 PATI Indonesia ditahan ketika sembunyi dalam ladang kelapa sawit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



 

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading