Kenapa Hj Hadi dan Tuan Ibrahim , tidak menolak tawaran LKS serta merta?
Oleh Adam Malik
Setelah berita tawaran Lim Kit Siang kepada kedua pemimpin PAS, Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man tersebar , satu persoalan pula muncul.
Tiada didalam kenyataan dua pemimpin PAS itu menyatakan mereka “tidak berminat” , “Tidak ingin” atau “melanggar prinsip perjuangan Islam PAS”.
Sebalik nya kedua dua pemimpin itu memberi kenyataan seolah olah PAS ada berniat untuk menyahut pelawaan LKS.
LKS pula sudah diketahui bukan dari kumpulan atau ‘faction’ arus perdana DAP.
Beliau ada lah ‘remnant’ DAP dari kerajaan PH1.O faction Tun Mahathir atau kumpulan manifesto ‘kencing rakyat’.
Menarik untuk di fikirkan ada lah tidak menolak pelawaan itu serta mereta ada lah menunjuk kan PAS berminat atau mungkin terlalu ‘desperado’ untuk menolak nya.
Ini memandangkan PAS bakal berhadapan Tindakan mahkamah.
Kes rasuah pengundi dan kes wang judi serta kes Menteri Besar Terengganu sedang disiasat dan dalam pembikinan.
Ini mengusarkan PAS, maka apa sahaja tawaran untuk selamatkan diri akan di terima oleh PAS.
Jika benar atas prinsip pasti sekali Hj Hadi dan Tuan Ibrahim akan memberi kenyataan jemputan dengan di iringi kenyataan tidak berminat dan menolak serta merta.
Tapi PAS telah biasa dengan tidak setia kepada mana mana pihak dan tidak boleh dibuat kawan , hatta pasti akan berubah apabila tiba masa nya.
Maka , kemungkinan meninggalkan PH sangat pasti.
Lihat lah sejarah PAS berpaling tadah, UMNO sendiri adalah mangsa PAS Ketika bersama Muafakat Nasional.
Kemudian PAS buat hubungan sulit dengan Parti Bersatu , kini PAS mencium pula Mahathir, dan terkini cuba mendekati PH melalui Lim Kit Siang.
Rumusan nya, jangan terkejut setelah penyokong penyokong PH dan PAS mencerca UMNO, mereka akan selamba sahaja mendakap DAP seolah olah tiada apa apa kesalahan pun.