Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah: Sanusi Bakal Di Dakwa

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah: Sanusi Bakal Di Dakwa

Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor bakal berhadapan tindakan undang-undang berkaitan dakwaan beliau Pulau Pinang milik Kedah.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, memaklumkan Dewan Rakyat mengenai perkara itu ketika menjawab soalan lisan dari ahli parlimen Bagan, Lee Guan Eng.

Menurut Anwar, beliau menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada Peguam Negara, Idrus Harun, untuk meneliti perkara itu.



Antara tindakan yang bakal diambil ke atas Sanusi adalah di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah: Sanusi Bakal Di Dakwa

Sebelum ini, Sanusi mendakwa bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Alasan yang diberikan Sanusi terhadap dakwaan beliau itu kerana kononnya tiada sempadan negeri antara Pulau Pinang dan Kedah.



Secara perlembagaan, dakwaan Sanusi itu adalah bertentangan dengan Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengiktiraf Pulau Pinang sebagai negeri berdaulat yang bernaung di bawah Malaysia.

Bagi penulis, sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan keresahan rakyat hanya kerana mahu meraih populariti politik.

Sebagai seorang menteri besar, penulis yakin, Sanusi mempunyai penasihat undang-undang yang faham mengenai perlembagaan.



Cuma persoalannya, apakah selama ini Sanusi menerima dan mendengar nasihat dari penasihat undang-undang negeri kepada beliau?

 

Dakwaan Pulau Pinang Milik Kedah: Sanusi Bakal Di Dakwa

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button