SPRM Buka Kertas Siasatan Dana Judi Perikatan Nasional

SPRM Buka Kertas Siasatan Dana Judi Perikatan Nasional

SPRM Buka Kertas Siasatan Dana Judi Perikatan Nasional

Orang-orang tua pernah berpesan, sarang tebuan jangan dijolok, kalau dijolok juga buruk padahnya.

Akibat terlalu ghairah untuk membuktikan kononnya Perikatan Nasional (PN) adalah sebuah gabungan yang bersih, pemimpin PN ghairah memainkan isu dana judi.

Ianya berikutan kenyataan Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, Azalina Othman Said yang diputarbelitkan oleh pemimpin PN.



Dalam jawapan bertulis di parlimen, Azalina menyatakan pihak SPRM tidak membuka kertas siasatan mengenai isu tersebut kerana kekurangan bukti yang kukuh.

Tetapi jawapan beliau telah diambil di luar konteks oleh pemimpin PN dengan mendakwa siasatan terhadap dana judi sudah dihentikan oleh SPRM.

Terkini, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim mengesahkan satu kertas siasatan sudah dibuka untuk menyiasat isu berkenaan.

Ianya sebagai susulan dari bukti baharu yang diperolehi dari seorang ahli perniagaan, Rashdan Yusof pada 30 Mei lalu.



Rashdan mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh yang mengaitkan PN dengan syarikat judi.

Beliau juga telah membuat laporan kepada SPRM dan meminta supaya SPRM menyiasat perkara berkenaan.

Apakah dana judi tersebut hanya diterima dan digunakan hanya oleh PPBM sahaja?

Atau ianya dikongsi bersama-sama parti PAS dan Gerakan?



Sama-sama kita tunggu hasil siasatan dari SPRM.

Nampaknya, besar kemungkinan belum sempat Muhyiddin failkan saman fitnah terhadap Anwar, isu dana judi sudah pun berada di mahkamah…😜😜😜

 

SPRM Buka Kertas Siasatan Dana Judi Perikatan Nasional

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button