PAU2023 – Anwar hadir selepas 25 tahun
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
PAU2023 (Perhimpunan Agung Umno) menempa sejarah baru kerjasama politik bila Anwar Ibrahim hadir ke Dewan Merdeka selepas 25 tahun. Beliau merupakan tetamu jemputan khas PAU2023 sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Pengerusi Tetap Umno sempat mengusik ‘Pak Syeikh’ sambil mengimbau semula kehadiran Anwar ketika bergelar Timbalan Presiden Umno sebelum dipecat Dr Mahathir pada 1998.
PAU2023 juga menyaksikan kehadiran semua parti yang berada dalam Kerajaan Perpaduan termasuk komponen BN.