Al Hafiz kena penjara 8 tahun, 10 sebatan kes syabu

Al Hafiz kena penjara 8 tahun, 10 sebatan kes syabu

Al Hafiz kena penjara 8 tahun, 10 sebatan kes syabu
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipenjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memiliki dan mengambil dadah dua tahun lalu.

Hakim Hamidah Mohamed Deril menjatuhkan hukuman itu selepas Muhammad Al Hafiz Abu Bakar, 27, menukar pengakuan kepada bersalah pada sebutan kes itu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara lapan tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan memiliki dadah dan 12 bulan penjara bagi kesalahan mengambil dadah serta pengawasan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.



Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 8 November 2021.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 47.20 gram dan memasukkan dadah itu ke dalam badannya di tepi tangga Blok KP2 di Taman Kuchai Jaya di sini dan Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Brickfields, pada 8.30 malam dan 10 malam, 8 Nov 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan minimum 10 sebatan serta Seksyen 15(1)(a) akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan tidak melebihi tiga tahun.

Muhammad Al Hafiz yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan atas alasan telah insaf, manakala Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat. – BERNAMA



Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”

Al Hafiz kena penjara 8 tahun, 10 sebatan kes syabu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading