Ratusan bot kecil dirempuh ikan paus

Ratusan bot kecil dirempuh ikan paus

Ratusan bot kecil dirempuh ikan paus
Sebuah bot katamaran tersadai selepas diserang oleh ikan paus pembunuh (Orcinus orca) ketika belayar di Selat Gibraltar dan dibawa untuk dibaiki di Limbungan Pecci di Barbate, berhampiran Cadiz, selatan Sepanyol pada 31 Mei 2023. -AFP

SPAIN: Sekumpulan ikan paus merempuh ratusan bot kecil di luar pantai Sepanyol sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan tindakan ‘mengerikan’ spesies itu membingungkan saintis.

Pemilik bot layar, Friedrich Sommer, berkata ikan berkenaan terus menyerang bot kecil itu tanpa sebab yang jelas.

Sommer berkata, bot layarnya jenis Muffet turut dirosakkan pada awal tahun ini oleh tiga atau empat ikan paus.



Pengurus limbungan kapal, Rafael Pecci, berkata pihaknya kini sibuk membaiki sebuah lagi bot layar yang diserang oleh ikan paus.

Serangan bermula pada 2020 dan ia berlaku di kawasan antara Cadiz dan pelabuhan Tanger di utara Maghribi, berhampiran Selat Gibraltar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?




Paus tertarik ke perairan berkenaan kerana terdapat pemangsa kegemarannya iaitu ikan tuna sirip biru.

Setakat tahun ini, pengawal pantai Sepanyol telah merekodkan 28 ‘interaksi’ antara paus itu dan perahu layar.

Antara 2020 dan 2022, terdapat hampir 500 pertemuan sedemikian, menurut data yang dikeluarkan oleh Atlantic Orca Working Grouo.

Dalam pada itu, ahli biologi, Renaud de Stephanis, turut meletakkan alat pengesan pada paus pembunuh yang membolehkan pihak berkuasa mengesan kumpulan itu, sekali gus dapat mengurangkan pertemuan spesies itu dengan bot.



Paus itu boleh berukuran sehingga sembilan meter (30 kaki) dan berat sehingga enam tan yang dewasa.

Walaupun tidak semua perlanggaran kumpulan paus dengan bot itu akan menyebabkan kerosakan, ia turut memberi kerosakan di bahagian penting bahagian kemudi atau tiang bot. -AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button