AS akan sertai semula UNESCO

AS akan sertai semula UNESCO

AS akan sertai semula UNESCO

PARIS: Amerika Syarikat (AS) akan menyertai semula organisasi pelajaran, saintifik dan kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang berpangkalan di Paris, kata Ketua Pengarahnya Audrey Azoulay pada Isnin.

“Ini keyakinan yang kuat terhadap UNESCO dan dalam multilateralisme. Bukan sahaja terhadap mandat organisasi dalam budaya, pendidikan, sains, maklumat – bahkan terhadap cara mandat itu dilaksanakan hari ini,” kata Azoula lapor Agensi Berita Jerman dpa.



Beliau berkata, AS telah memaklumkan secara rasmi keputusan untuk menyertai semula UNESCO pada Julai berdasarkan pelan kewangan yang konkrit.

AS menggantung sumbangannya kepada UNESCO pada 2011 dan memberitahu organisasi keputusannya untuk menarik diri secara sah pada 12 Oktober 2017.

Pembabitan semula AS adalah hasil persetujuan yang dicapai oleh Kongres pada Disember 2022 yang membenarkan sumbangan kewangan kepada UNESCO, menurut organisasi itu dalam satu kenyataan.–BERNAMA-dpa

 



AS akan sertai semula UNESCO

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button