Air berat buatan Iran jadi `buruan’ dunia

Air berat buatan Iran jadi `buruan’ dunia

Air berat buatan Iran jadi `buruan' dunia
Jurucakap Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI), Behrouz Kamalvandi. – Foto https://en.irna.ir/news

TEHRAN: Banyak pelanggan sedang mencari air berat buatan Iran dan kebanyakan negara dunia sanggup beratur untuk membeli produk itu, menurut jurucakap Pertubuhan Tenaga Atom Iran (AEOI), Behrouz Kamanvandi, lapor Agensi Berita IRNA.

Beliau membuat kenyataan itu ketika bercakap kepada pemberita selepas pertemuan antara saintis nuklear Iran dan pegawai yang berlangsung di luar lawatan oleh Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei ke pameran mengenai pencapaian nuklear terbaru Iran di Tehran.

Mengenai rundingan pembelian air berat Iran, beliau berkata pelanggan mencadangkan ia dijual lebih AS$1,000 seliter.



Pegawai itu juga menyatakan bahawa, penghasilan 20 peratus bahan api tulen dan derivatif air berat dan farmaseutikal nuklear yang lebih cekap daripada ubat lain menunjukkan Iran mendahului dalam teknologi nuklear.– BERNAMA-IRNA

 

Air berat buatan Iran jadi `buruan’ dunia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading