Letusan Gunung Berapi Mayon mungkin berpanjangan – Vulkanologi
Letusan Gunung Berapi Mayon mungkin berpanjangan – Vulkanologi
MANILA: Beribu-ribu penduduk di kaki Gunung Berapi Mayon sedang bersiap sedia menghadapi letusan yang boleh berlarutan selama “beberapa bulan,” kata Pengarah Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina Teresito Bacolcol.
Beliau berkata, gunung berapi yang paling aktif di Filipina itu mengalami “letusan kuat” sejurus sebelum jam 8 malam waktu tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.
“Lava kini mencurah keluar dari bolong. Ia bergerak perlahan, seperti sungai-sungai lava cair,” kata Bacolcol.
Gunung setinggi 2,460 meter berbentuk kon itu mula meletus Khamis lepas, dengan tahap amaran dinaikkan kepada tiga pada skala lima.
Mulai Ahad, institut itu telah merekodkan 21 gempa bumi gunung berapi, 260 jatuhan batuan dan tiga aliran piroklastik yang menjadi campuran serpihan batu, gas dan abu yang bergerak pantas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jangan Marah Ismail Sabri, Kesian Dia…
- Laungan “Bebaskan Bossku” dalam PAU bukti ahli UMNO mahu Najib dibebaskan secepat mungkin
Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?
Majlis Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana Kebangsaan berkata lebih 14,000 penduduk kampung dalam zon bahaya telah dipindahkan dan berlindung di bangunan sekolah dan tempat perlindungan sementara yang lain.
Pada Isnin, Gabenor Albay Edcel Greco Lagman memanjangkan zon bahaya daripada enam kilometer (km) kepada tujuh km.
Mayon ialah gunung berapi paling aktif di Filipina. Ia kali terakhir meletus pada Januari 2018, mengakibatkan lebih 23,000 orang dipindahkan dari sembilan bandar dan majlis perbandaran.
Selain gunung berapi Mayon, institut itu juga memantau teliti situasi gunung berapi Taal di wilayah Batangas, 66 km selatan Manila dan gunung berapi Kanlaon di tengah Filipina.– BERNAMA-XINHUA
Letusan Gunung Berapi Mayon mungkin berpanjangan – Vulkanologi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ismail Sabri harus terima hakikat tindakan nya antara punca kekalahan UMNO.
- Ke Mana Hilangnya Harta UMNO Ketika Mahathir Menjadi Presiden?
- Benarkah Dakwaan Idris Ahmad Bahawa Undi UMNO Berarti Undi Deklarasi Setapak DAP?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa pembekuan akaun Kroni Tun Mahathir tidak dilaporkan meluas oleh media tempatan?