1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, sudah mengumumkan Dewan Undangan Negeri Kelantan akan dibubarkan pada 22 Jun ini.

Pengumuman itu dibuat selepas mendapat perkenan dari DYMM Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.



Pengumuman yang serupa dijangka akan dilakukan oleh menteri besar dan ketua menteri untuk Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah.

Selepas PRU 15, tular di media sosial, As Sabiqun PAS Marang, Nordin Jalil, menjadi watak utama dalam aksi ‘Wallahi, saya undi PAS’.

Penulis tidak mahu mengulas lanjut mengenai aksi ‘lagak ngeri’ tersebut kerana kita semua masih lagi menunggu keputusan dari Mahkamah Pilihanraya.

Pada pandangan penulis, semangat ‘perjuangan’ As Sabiqun PAS tidak pernah kendur, meski pun seorang dari mereka sudah kantoi.



Seorang As Sabiqun kantoi, 1000 As Sabiqun lain akan muncul, lebih-lebih lagi di musim pilihanraya 6 negeri ini.

1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi
Gambar Hiasan

PAS Terengganu tidak mempunyai masalah untuk membiayai penggambaran aksi ‘lagak ngeri’ tersebut, terutamanya di Terengganu.

Mereka mempunyai peralatan yang lebih dari cukup.

Peralatan untuk membiayai aksi ‘lagak ngeri’ di seluruh Terengganu kini tersimpan kemas di Dataran Khairunnisa dan satu lagi di Tapak Pasar Malam Tok Adis.



Dan pengundi-pengundi PAS juga pastinya lebih bersemangat untuk balik ke Terengganu untuk menjadi sebahagian dari aksi ‘lagak ngeri’ tersebut.

Duit minyak atau duit tambang, ditanggung beres…

Duit mengeteh, jangan risau, makan dan minum ditaja sepenuhnya…

Bagaimana dengan duit penginapan?



Ini PAS Terengganu, jangan pandang sebelah mata, bukan kaleng-kaleng…

Apa susah, lepas buat aksi ‘lagak ngeri’, balik semula ke ibu kota.

Negeri tak maju, bukan masalah kami…

Ayah dan ibu hidup susah di kampung, juga bukan urusan kami…



Adik-adik menganggur kerana tidak ada peluang pekerjaan, lagilah bukan masalah kami…

Na na na na na, Ganu Kiter…

 

1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button