45,600 rakyat Sudan lari ke Ethiopia – IOM

45,600 rakyat Sudan lari ke Ethiopia – IOM

45,600 rakyat Sudan lari ke Ethiopia - IOM
Pelarian Sudan yang mencari perlindungan di Chad menunggu bantuan makanan daripada Program Makanan Sedunia (WFP) di Koufroun, bandar di sempadan Sudan-Chad. – Foto REUTERS

ADDIS ABABA: Jumlah pelarian yang tiba di Ethiopia dari kawasan konflik bersenjata di Sudan kini melebihi 45,600 orang, menurut Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) pada Selasa, lapor Xinhua.

Kemas kini agensi penghijrahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu mendapati konflik bersenjata di Sudan memaksa ratusan ribu orang melarikan diri dari negara itu ke negara jiran, termasuk Ethiopia.

Setakat Isnin, lebih 45,600 orang tiba di Ethiopia melalui beberapa lintasan sempadan di wilayah Amhara, Benishangul-Gumuz dan Gambela di Ethiopia.



Berikutan itu, IOM meningkatkan kehadiran dan tindak balasnya di lintasan sempadan dan Pusat Tindak Balas Migrasi di Metema, pintu masuk utama yang terletak di wilayah Amhara.

Menurut IOM, pelbagai bantuan disediakan untuk mereka yang tiba, termasuk sokongan kesihatan segera, pengangkutan, perkhidmatan perlindungan yang bersesuaian serta bantuan air, sanitasi dan kebersihan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS




Bagaimanapun, jumlah ketibaan pendatang baharu yang ramai dari Sudan ke Ethiopia mewujudkan cabaran besar.

Ramai memerlukan rawatan perubatan segera walaupun akses yang tidak mencukupi kepada perkhidmatan menyelamatkan nyawa, termasuk barangan kesihatan, makanan dan bukan makanan.

“Perkhidmatan perlindungan menjadi kebimbangan utama, dengan perlindungan kanak-kanak dan pengurusan kes keganasan berasaskan jantina memerlukan perhatian segera selain keperluan untuk mendapatkan perlindungan tambahan,” menurut agensi itu.

Minggu lalu Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB berkata jumlah ketibaan harian yang besar tanpa gangguan antara 700 hingga 1,000 sehari, adalah satu cabaran besar.



Sudan menyaksikan pertempuran bersenjata antara Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di ibu kota Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April, dengan kedua-dua pihak saling menuduh satu sama lain sebagai punca konflik. – BERNAMA-XINHUA

45,600 rakyat Sudan lari ke Ethiopia – IOM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading