EzyWasiat sedia khidmat penulisan wasiat serendah RM600
EzyWasiat sedia khidmat penulisan wasiat serendah RM600
KUALA LUMPUR: Maybank Islamic Bhd menyasarkan 50,000 pelanggan baharu EzyWasiat, perkhidmatan penulisan wasiat untuk umat Islam di Malaysia.
Perkhidmatan digital baharu in membolehkan pelanggan merancang dan menyediakan wasiat dengan lebih cekap dan teratur, selaras dengan keperluan Syariah dan undang-undang faraid.
Maybank Islamic menjalinkan kerjasama bersama syarikat fintech, CreateWills Sdn Bhd bagi menyediakan kemudahan ini kepada pelanggan.
Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Islamic, Datuk Mohamed Rafique Merican, berkata pelancaran EzyWasiat adalah selaras dengan aspirasi bank untuk membangunkan penyelesaian baharu dan inovatif yang dapat memberikan impak positif kepada komuniti secara meluas.
“Kami kekal komited untuk menerajui perbankan patuh Syariah bukan sahaja di rantau ini malah serata dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah
- 2 DIN Terkebil-Kebil Dalam Parlimen Bila Di Belasah PM
- UMNO undang kecelakaan jika pengkhianat dibawa masuk semula
“Kami berada pada kedudukan yang strategik untuk membuka jalan ke arah fasa pertumbuhan kewangan Islam yang seterusnya,” katanya pada sidang media pelancaran EzyWasiat di sini, hari ini.
Mohamed Rafique berkata, perkhidmatan ini tidak terhad kepada mereka berniat untuk menyediakan wasiat tetapi terhalang sama ada disebabkan oleh faktor kerumitan proses, kos atau kurangnya kemudahan.
Sementara itu, Ketua Pengurusan Harta dan Pembangunan Perniagaan Patuh Syariah Maybank Islamic, Ahmad Shareza Abdul Rahman, berkata pihaknya memperkasakan pelanggan untukmerancang masa depan dengan cekap.
“Dengan proses penulisan wasiat yang dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit dan bayaran serendah RM600, kami ingin memastikan agar tiada yang terkecuali daripada bantuan guaman perancangan harta yang berkualiti tinggi.
“EzyWasiat yang berasaskan teknologi digital ini mudah untuk diubah suai dari masa ke masa jika diambil kira realiti perubahan hidup dan peredaran masa yang dinamik,” katanya.
Beliau berkata, perkhidmatan ini tersedia untuk semua cawangan Maybank di Malaysia, namun penasihat utama mereka terletak di Lembah Klang.
“Kami mempunyai alamat e-mel yang boleh kami bantu dan membuat pengaturan yang ada di peringkat pusat dan cawangan,” katanya.
EzyWasiat sedia khidmat penulisan wasiat serendah RM600
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi
- Berhenti Dari Menjadi Jurucakap Pengkhianat UMNO
- Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir
- Mukhriz akan bertanding di Kedah jadi Calon MB?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.