Pharmaniaga guna modal untuk bayar pembekal, pemiutang

Pharmaniaga guna modal untuk bayar pembekal, pemiutang

Pharmaniaga guna modal untuk bayar pembekal, pemiutang
Pharmaniaga Bhd – Foto fail AFP

KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd, syarikat dengan status Nota Amalan 17 (PN17) menjelaskan bahawa sebahagian besar hasil daripada cadangan penempatan persendiriannya diperuntukkan untuk pembayaran kepada pembekal dan pemiutang perdagangannya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia , syarikat farmaseutikal itu berkata kira-kira RM44.21 juta yang diperoleh daripada usaha mengumpul dana telah diperuntukkan bagi tujuan modal kerja kumpulan, khususnya untuk pembayaran kepada pembekal dan pemiutang perdagangan.

Pharmaniaga, yang mencatatkan aliran tunai operasi bersih negatif sejak 2020, berhasrat menerbitkan sehingga 131.02 juta saham untuk penempatan itu, dengan harga indikatif 34 sen sesaham atau RM44.54 juta.



Jumlah itu diperuntukkan terutamanya untuk modal kerja, manakala baki RM336,000 adalah anggaran perbelanjaan eksesais itu, menurut syarikat itu.

“Saham penempatan itu akan diterbitkan kepada pelabur pihak ketiga yang akan dikenal pasti kemudian,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.




Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia semalam, Pharmaniaga mengumumkan cadangan untuk melaksanakan penempatan persendirian sehingga 131.02 juta saham biasa baharu yang mewakili 10 peratus daripada jumlah saham terbitannya kepada pelabur pihak ketiga yang akan dikenal pasti kemudian dan pada harga terbitan yang akan ditentukan.

Langkah itu akan dibuat mengikut mandat umum berdasarkan Seksyen 75 dan 76 Akta Syarikat 2016 yang telah diluluskan oleh pemegang sahamnya semasa Mesyuarat Agung Tahunan ke-25 yang diadakan pada 12 Jun lalu.

Selain itu, sebarang peningkatan dalam jumlah saham terbitan yang timbul daripada pelaksanaan sebarang opsyen yang diberikan di bawah skim opsyen saham pekerja sedia ada syarikat tidak akan menjejaskan bilangan maksimum saham penempatan yang akan diterbitkan.

Dalam menentukan harga terbitan, lembaga pengarah Pharmaniaga akan mengambil kira keadaan pasaran semasa termasuk peruntukan Perenggan 6.04(a) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama (MMLR) Bursa Securities Malaysia Bhd.



Syarikat itu juga menyatakan bahawa pada 27 Feb 2023, ia telah mencetuskan kriteria yang ditetapkan menurut Perenggan 2.1(a) Nota Amalan 17 (PN17) MMLR.

Cadangan itu akan membolehkan syarikat mengumpul dana sementara ia merangka pelan untuk menetapkan keadaan kewangannya yang akan dikemukakan kepada Bursa Malaysia Securities dalam tempoh 12 bulan mulai 27 Februari 2023.

“Selepas pertimbangan sewajarnya terhadap pelbagai kaedah pengumpulan dana, seperti terbitan hak dan pinjaman bank, lembaga pengarah berpendapat bahawa penempatan persendirian yang dicadangkan merupakan saluran pengumpulan dana yang paling sesuai pada masa ini,” katanya.

Pharmaniaga guna modal untuk bayar pembekal, pemiutang

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button