Hariz Hamdan sudah biasa beri layanan baik kepada wanita

Terlalu ‘caring’ punca ramai jatuh cinta

Hariz Hamdan sudah biasa beri layanan baik kepada wanita

Hariz Hamdan sudah biasa beri layanan baik kepada wanita
Hariz tidak mahu layanan baik terhadap pelakon lain disalah erti.

PELAKON Hariz Hamdan tidak mampu menghalang sekiranya ada aktres wanita yang salah sangka dengan layanan baik yang diberikan olehnya semasa menjalani penggambaran.

Hariz atau Muhammad Hariz Muhammad Hamdan, 21, berkata, sejak kecil lagi dia sudah dididik untuk menghormati orang sekeliling termasuklah golongan wanita.

Kata Hariz, jika ada mana-mana perempuan atau pelakon gandingannya yang menyangka layanan baik itu sebagai tanda cinta, dia tidak mampu untuk mengawal perasaan mereka itu.



Hariz Hamdan sudah biasa beri layanan baik kepada wanita
Hariz minta pelakon gandingan kena pandai kawal perasaan.

 

 

“Jika ada mana-mana wanita tersalah erti dengan layanan baik saya dan menyangka saya menyukai mereka terpulanglah.

“Kalau wanita sukakan lelaki yang ‘caring’ mereka pasti akan tertarik dan jika ada pelakon gandingan yang tersuka pada saya, pandai-pandailah mereka kawal perasaan sendiri.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS


“Itu bukan masalah saya kerana di set penggambaran saya hanya komited untuk bekerja,” katanya.

Dalam pada itu, rakan gandingannya dalam filem Jemputan Ke Neraka iaitu Amy Nur Tinie memberitahu demi mendapatkan ‘mood’ sebagai pasangan kekasih, dia menganggap aktor berkenaan sebagai ‘kekasihnya’.



Dalam hal ini, Amy atau nama sebenarnya Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 27, berkata dia dan Hariz tidak mempunyai apa-apa hubungan istimewa dan sudah lama bersahabat baik.

Malah, mereka pernah terlibat dalam drama Alamak Lagi Lagi Dia dan kerap melakukan siaran ‘live’ bersama di media sosial.

Jangan mudah cair atau terjatuh cinta dengan dia sudahlah.

AMY NUR TINIE

PELAKON

“Mengenali Hariz, dia akan melayan baik semua wanita tidak kiralah saya mahupun orang lain. Jangan mudah cair atau terjatuh cinta dengan dia sudahlah.

“Secara peribadi saya tidak kisah kalau kekasih lebih muda asalkan bersikap matang. Umur sekadar angka yang paling penting hati dan kematangan seseorang,” ujarnya.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.


Mengulas lanjut tentang gandingan bersama Tinie, Hariz mengakui dia cukup senang dengan aktres berkenaan kerana sifat kematangannya.

 



Hariz Hamdan sudah biasa beri layanan baik kepada wanita
Amy Nur Tinie dan Hariz berganding menerusi filem Jemputan Ke Neraka.

Menerusi filem Jemputan Ke Neraka, Hariz memegang watak Fiq yang merupakan kekasih kepada Sofea lakonan Tinie.

“Saya suka bekerja dan berkawan dengan Tinie selain matang, dia berfikiran terbuka dan amat menghormati orang sekelilingnya.

“Jadi, apabila saya mendapat tahu akan bergandingan sebagai kekasihnya dalam filem ini saya berasa lega. Keserasian kami memang tidak dibuat-buat sebab kami berdua memang berkawan baik,” katanya.

Selain Hariz dan Tinie, filem itu juga turut menampilkan barisan pelakon popular termasuk Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Nick Syaf, Jasper Supayah, Wafariena Roslan dan Alif Hadi.



Hariz Hamdan sudah biasa beri layanan baik kepada wanita


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Berita Zahid kunjung Najib , hancurkan naratif yang di cipta oleh musuh UMNO.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button