Misi ke Minggu Teknologi London berjaya
Misi ke Minggu Teknologi London berjaya
LONDON: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menutup tirai misi pelaburannya ke Minggu Teknologi London (LTW) 2023 dengan pengumuman penganjuran Malaysia Digital Expo 2023 (MDX2023).
Menterinya, Fahmi Fadzil berkata penting untuk mengekalkan momentum susulan pencapaian besar yang dicapai ketika LTW 2023.
Semasa misi pelaburan ke LTW 2023, Malaysia meraih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital.
Menurutnya, maklum balas yang diterima semasa Minggu Teknologi London 2023 akan digunakan sebagai asas bagi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk memantapkan lagi keupayaannya menarik pelaburan asing ke Malaysia.
MDX2023 yang berlangsung selama seminggu akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti persidangan, pameran, acara pelancaran dan majlis anugerah dengan penampilan penceramah terkenal antarabangsa dan tokoh terkemuka daripada bidang teknologi dan digital.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau
Ia akan berfungsi sebagai platform kerjasama dan saluran perniagaan bagi pelawat dan pemain industri, domestik dan antarabangsa, untuk menyelami trend digital terkini, kemajuan dan inisiatif yang membentuk ekonomi digital Malaysia.
MDX2023 yang berlangsung selama seminggu akan menganjurkan pelbagai aktiviti seperti persidangan, pameran, acara pelancaran dan majlis anugerah dengan penampilan penceramah terkenal antarabangsa dan tokoh terkemuka daripada bidang teknologi dan digital.
Ia akan berfungsi sebagai platform kerjasama dan saluran perniagaan bagi pelawat dan pemain industri, domestik dan antarabangsa, untuk menyelami trend digital terkini, kemajuan dan inisiatif yang membentuk ekonomi digital Malaysia.
Bercakap pada Malam Jaringan Pelabur Digital Malaysia sebelum ini, Fahmi mempelawa semua pelabur untuk meneroka peluang pelaburan yang luas yang ditawarkan Malaysia.
Majlis anjuran MDEC itu yang diadakan sempena LTW berlangsung di Battersea Power Station.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 1 As Sabiqun Kantoi, 1000 As Sabiqun Akan Muncul, Hoi Hoi Ya Hoi
- Berhenti Dari Menjadi Jurucakap Pengkhianat UMNO
- Akhirnya Hadi Dan Sanusi Masuk Ke Dalam Perangkap Mahathir
Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau
Fahmi berkata, Malaysia melaksanakan dasar dan inisiatif yang cenderung kepada inovasi dan progresif untuk memupuk inovasi digital, mewujudkan ekosistem pemboleh dan menarik pelaburan yang akan memacu ekonomi digital ke hadapan.
Ketika negara mengharungi landskap dinamik Revolusi Perindustrian Keempat, Malaysia telah menerima guna teknologi pesat membangun seperti kecerdasan buatan (AI), ‘blockchain’ dan Internet Pelbagai Benda (IoT).
Malaysia menawarkan persekitaran kondusif untuk syarikat teknologi berkembang maju, dengan rangka kerja pengawalseliaan yang menggalakkan, insentif fiskal yang menarik selain kerajaan yang menyokong dan komited untuk memudahkan syarikat digital beroperasi, berkembang maju atau melabur di mana-mana sahaja di Malaysia.
Selain itu, berada di lokasi strategik dalam Asia Tenggara meletakkan Malaysia sebagai pintu masuk ke pasaran yang mempunyai lebih 650 juta orang penduduk ditambah dengan peningkatan kadar penggunaan digital maka, peluang untuk inovasi teknologi dan pelaburan tidak terbatas.
Sementara itu, Fahmi melalui hantaran di laman Twitter beliau berkata negara berada di landasan pemulihan yang tepat dengan keyakinan pelabur asing yang semakin bertambah baik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Antara ‘Kejayaan Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang’ Sanusi Di Kedah
- 2 DIN Terkebil-Kebil Dalam Parlimen Bila Di Belasah PM
- UMNO undang kecelakaan jika pengkhianat dibawa masuk semula
Beliau juga turut berkongsi video berdurasi 57 saat mengenai sesi malam jaringan itu.
Menerusi video itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perniagaan UK-ASEAN (UKABC) Ian Gibbons menyifatkan Malaysia sebagai titik tumpuan mutlak teknologi digital.
“Dari segi hubungan, perkongsian dan kolaborasi, saya fikir tidak ada yang lebih teguh di ASEAN daripada Malaysia. Kami berharap dapat benar-benar berpindah ke Malaysia untuk mengunjungi menteri (semasa) Sidang Kemuncak ASEAN,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Gulbenkian Andonian Solicitors, Dave Vasoodaven berkata sesi jaringan dengan wakil Malaysia sangat memberangsangkan.
“Anda jarang mendapat pasukan sebaik ini datang ke sini untuk mempersembahkan Malaysia dengan cara yang paling positif.
“Orang seperti kami (pemain industri) telah lama berada di sini (London) , kami juga jarang mendapat sokongan seperti ini. Kini, bagi saya, kita ada forum untuk saling bekerjasama,” katanya.
-BERNAMA
Misi ke Minggu Teknologi London berjaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mukhriz akan bertanding di Kedah jadi Calon MB?
- Zaid Ibrahim Beri Bola Tanggung Kepada Perikatan Nasional
- Depa Katalah, Tak Percaya Tanya Orang Kedah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau