Tular kanak-kanak setahun didera: Ibu, teman lelaki didakwa

Tular kanak-kanak setahun didera: Ibu, teman lelaki didakwa

Tular kanak-kanak setahun didera: Ibu, teman lelaki didakwa
Tular kanak-kanak setahun didera: Ibu, teman lelaki didakwa

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih didakwa di dua mahkamah berbeza hari ini atas pertuduhan memukul seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun menggunakan tangan dan penyangkut baju pada awal Jun lalu.

Di Mahkamah Kanak-Kanak, ibu mangsa yang berusia 17 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan penderaan kepada anak perempuannya berusia setahun 11 bulan dengan cara memukul mangsa menggunakan tangan di antara 4 hingga 7 Jun lalu di kediamannya di perumahan awam Desa Rejang, Setapak Jaya di sini.

Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya sekali.



Majistret Nor Farahain Roslan menetapkan 11 Julai depan untuk mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum menjatuhkan hukuman pada tarikh tersebut.

Sementara itu, di hadapan Hakim Izralizam, teman lelaki ibu mangsa, Amir Shafiq Shuaimy, 31, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mendera kanak-kanak sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau




Pada tarikh dan tempat yang sama, bapa kepada empat anak itu didakwa mendera kanak-kanak itu dengan cara memukul mangsa menggunakan tangan dan penyangkut baju sehingga menyebabkan kecederaan.

Bagi Amir Shafiq, Timbalan Pendakwa Raya, Roslizi Sulaiman mencadangkan wang jaminan sebanyak RM 30,000 berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melapor diri sekali setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan serta mangsa.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jumlah ikat jamin itu dikurangkan kerana dia menanggung ibu, empat anaknya dan isterinya sedang mengandung anak kelima.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, Izralizam membenarkan tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan dengan penjamin serta menetapkan syarat-syarat seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan.



Mahkamah menetapkan 11 Julai depan bagi sebutan semula kes itu.

9 Jun lalu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zin dalam laporan akhbar berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki berusia 31 tahun itu mempunyai lapan rekod kes jenayah dan lima kes dadah.

Berdasarkan maklumat, Amir Shafiq dipercayai memukul mangsa hingga mangsa mengalami bengkak pada bibir dan lebam kedua-dua mata serta bahagian belakang badan kerana dikatakan bising. -UTUSAN

Tular kanak-kanak setahun didera: Ibu, teman lelaki didakwa

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kualiti Radzi Jidin Sebagai Ahli Parlimen, Kesian Pengundi Beliau




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading