Buktikan Kerajaan MADANI benci rasuah dengan mendakwa Zeti

 

Semalam menyaksikan lagi betapa kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak serius untuk menangani rasuah apabila kes Hakim Nazlan Mohd Ghazali dikompromi dengan menyatakan tiada terdapat pelakuan jenayah.

Kenyataan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sungguh mengecewakan sebilangan rakyat.



Dalam DSAI sering mengulangi zikir benteras rasuah dan benci rasuah , sebuah kes berunsur rasuah telah dilepaskan begitu sahaja dengan pengumuman DSAI itu.

Ramai pihak terutama nya rakyat bawahan berasa kecewa dan hampa kerana kes Hakim Nazlan ini sangat popular dan menjadi bualan rakyat.

Kes menjadi popular sebaik sahaja kisah dokumen bekenaan nya tersebar keseluruh negara.



Namun, apabila DSAI memaklumkan rakyat semalam bahawa tiada kedapatan unsur unsur jenayah pada kes Nazlan dengan memberi alasan alasan tersendiri versi Hakim Maimon , maka keyakinan bahawa kerajaan MADANI konon nya benci rasuah menerima “setback”.

Apa pun jika itu ‘finding” nya , waima meragukan , tiada apa dapat dilakukan.

Hanya cadangan membuat satu ‘tribunal” untuk pihak terkecuali mengadili nya semula yang paling sesuai.



Kembali kita kepada topik diatas, jika bersungguh sungguh DSAI mahu benteras rasuah seperti yang diulang cakap oleh Anwar sendiri, maka kes Bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Aziz boleh memberi peluang kepada Anwar untuk ‘redeem’ kerajaan nya serta pembuktian kerajaan MADANI serius benteras rasuah.

Kes Bekas Gabenor yang sekian lama tergantung tidak bertali membuat rakyat resah dan gulana seolah olah bekas Gbenor itu  dilindungi oleh pihak tertentu.

ia seperti pepatah Inggeris “Elephant in the room” begitu ketara besar nya tapi kes masih tidak kemana mana lagi.

Negara kita alami defisit kepercayaan akibat kes berprofil tinggi ini yang masih belum dibuka buka lagi.



Maka, DSAI perlu membuktikan ketegasan beliau yang melaung  pembentras rasuah.

Pembuktian bahawa kerajaan MADANI benci rasuah mesti pada tindakan dan bukan pada kenyataan kosong sahaja..

 

 



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading