MB Johor bantu mangsa kemalangan
MB Johor bantu mangsa kemalangan

JOHOR BAHRU: Dalam sibuk mengejar masa untuk melaksanakan tugasan, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sempat menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan di Jalan Danga Bay, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pada jam 8.30 pagi, beliau bersama-sama petugas kesihatan dan anggota pasukan keselamatan berhampiran Country Garden itu memberi bantuan awal kepada mangsa.
READ MORE
Onn Hafiz kemudian meneruskan perjalanan untuk meninjau keadaan di Jalan Senai sebelum pegawai perubatan dan anggota Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Larkin memberikan rawatan awal.
Sementara itu, Komander Operasi dari BBP Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Johar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.49 pagi.
“Seramai 11 anggota dihantar ke tempat kejadian yang membabitkan seorang lelaki cedera selepas motosikal Honda 150R ditunggangnya terbabas dan melanggar sebuah kereta,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, pihak bomba mengeluarkan mangsa dari bawah kereta sebelum menghantar lelaki itu ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dengan ambulans untuk rawatan susulan.
MB Johor bantu mangsa kemalangan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Penjelasan Terhadap Jawapan Anwar Mengenai Hakim Nazlan Di Dewan Negara
- LHDN ‘Melawat’ Hamzah, Kenapa Muhyiddin Pula Menggelabah?
- Muhyiddin Hilang Keyakinan Kepada Azmin Dan Noh Omar
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :