Pengarah syarikat didenda RM60,000 guna dokumen palsu program MITRA

Pengarah syarikat didenda RM60,000 guna dokumen palsu program MITRA

Pengarah syarikat didenda RM60,000 guna dokumen palsu program MITRA
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan berhubung penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), dua tahun lalu.

Hakim Azura Alwi menjatuhkan hukuman itu terhadap Datuk Reghu PV Bhaskaran, 63, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah atas tiga pertuduhan pilihan itu pada prosiding hari ini yang ditetapkan untuk perbicaraan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 21 bulan jika gagal membayar denda.



Reghu mengaku bersalah menggunakan dua invois berjumlah RM25,000 dan satu baucar bayaran RM5,000 yang mana dia mengetahui semua dokumen itu adalah palsu.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Unit MITRA, Kementerian Perpaduan Negara, Aras 6, Blok F9, Kompleks F, Lebuh Perdana Timur A, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, pada 5 Mei 2021.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun, 20 lagi pertuduhan pilihan membabitkan dokumen palsu yang dihadapi Reghu sebelum ini dipertimbangkan sebagai ‘take into consideration’ (TIC) mengikut Seksyen 171A Kanun Tatacara Jenayah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd Afif Ali, manakala Reghu diwakili peguam Hamidi Mohd Noh.



– BERNAMA

Pengarah syarikat didenda RM60,000 guna dokumen palsu program MITRA


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button