Peminat tuduh Arab Saudi perosak bola sepak

Peminat tuduh Arab Saudi perosak bola sepak

Peminat tuduh Arab Saudi perosak bola sepak
Bernardo Silva menyumbang gol pertama ketika Portugal menewaskan Bosnia-Herzegovina pada aksi kelayakan Euro 2024 di Lisbon, Sabtu lalu. – Foto AGENSI

LONDON: Peminat bola sepak berang selepas Bernardo Silva menjadi pemain terbaharu dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi.

Pemenang tiga kejuaraan bersama Manchester City itu dilapor ditawarkan kontrak lumayan untuk beraksi dalam Liga Pro Saudi.

Silva, 28, diramal meninggalkan Etihad pada musim panas ini dan menurut The Athletic, ejennya Jorge Mendes sudah berunding mengenai kemungkinan berpindah ke negara Teluk itu.



Liga Pro Saudi sudah menyaksikan kebanjiran pemain ternama Eropah akhir-akhir ini termasuk pemain bintang Cristiano Ronaldo dan Karim Benzema.

Sementara N’Golo Kante, Hakim Ziyech, Wilfried Zaha, Sergio Ramos, Marco Veratti dan Roberto Firmino antara pemain yang ditawarkan kontrak lumayan untuk meninggalkan liga Eropah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan




Ketika berita mengenai Silva mungkin tergoda untuk berpindah menyebabkan peminat marah dengan ramai mendakwa ia “merosakkan” bola sepak.

Seorang peminat menciap di Twitter: “Arab Saudi merosakkan bola sepak.”

Peminat kedua menulis: “Saya bercakap mewakili setiap orang apabila saya menyatakan Arab Saudi perlu disekat.”

Manakala seorang lagi berkata: “Jika Bernardo Silva meninggalkan kelab saya terpaksa melaporkan Arab Saudi kepada FIFA menerusi surat. Saya tidak boleh menyaksikan apa yang berlaku secara terang-terangan.”



Kelab Arab, Al-Hilal semakin hampir untuk mengikat kapten Wolves, Ruben Neves dengan harga £47 juta (RM278 juta), namun perpindahan buat Silva pasti sesuatu yang paling besar setakat ini.

Kontrak Silva di City berakhir pada 2025 dan dia dikehendaki Barcelona dalam dua jendela perpindahan musim panas sebelum ini. – AGENSI

Peminat tuduh Arab Saudi perosak bola sepak


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button