Calon PM Thailand Pita Limjaroenat positif COVID-19

Calon PM Thailand Pita Limjaroenat positif COVID-19

Calon PM Thailand Pita Limjaroenat positif COVID-19
Pita Limjaroenrat disahkan positif selepas menjalani ujian menggunakan Kit Ujian Antigen hari ini. – Foto Reuters

BANGKOK: Calon perdana menteri Thailand, Pita Limjaroenrat disahkan dijangkiti COVID-19.

Pemimpin Parti Move Forward yang berusia 42 tahun itu giat bertemu dengan penyokongnya di seluruh negara selepas parti berkenaan memperoleh kemenangan luar biasa pada Pilihan Raya Umum 14 Mei lalu.

Menerusi akaun Twitternya @Pita_MFP, Pita memaklumkan yang beliau mengalami gejala COVID-19 pada Ahad.



Pita yang menerima enam dos vaksin COVID-19 disahkan positif selepas menjalani ujian menggunakan Kit Ujian Antigen (ATK), hari ini.

“Saya mengalami simptom ringan… Tolong izinkan saya mengasingkan diri di rumah dan menangguhkan semua aktiviti untuk mencegah penularan virus,” katanya.

Susulan itu, mesyuarat gabungan pimpinan Move Forward yang dijadualkan berlangsung pada Khamis untuk membincangkan pembentukan kerajaan baharu akan ditunda ke minggu depan.– BERNAMA

Calon PM Thailand Pita Limjaroenat positif COVID-19


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading