Lapan kenderaan disaman DBKL kerana langgar larangan waktu terhad
Lapan kenderaan disaman DBKL kerana langgar larangan waktu terhad

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan lapan saman terhadap kenderaan berat kerana ingkar larangan laluan waktu terhad, dalam operasi Tindakan Khas Laluan Waktu Terhad (Kenderaan Berat) di sekitar Jalan Istana dan Jalan Sentul, ibu kota pagi tadi.
DBKL melalui kenyataannya, berkata dalam operasi itu, Jabatan Penguatkuasaan turut mengeluarkan saman kepada kenderaan yang membawa bahan binaan (batu, pasir, kayu) tanpa permit laluan dan kenderaan kotor di jalan utama.
Katanya, sepanjang tindakan khas itu, sejumlah 23 kenderaan diperiksa membabitkan kenderaan berat terdiri daripada treler, lori angkut bahan serta lain-lain kenderaan yang melalui laluan khas waktu terhad bermula pada jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi.
“Tindakan diambil menerusi Undang-Undang Kecil Pengangkutan Bahan (WPKL) 1997 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk tindakan terus kepada pemandu atau pemilik kenderaan ke mahkamah,” katanya.
DBKL mengingatkan kepada mana-mana pemandu kenderaan berat agar mematuhi peraturan waktu berada di atas jalan raya yang sudah ditetapkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
“Tindakan penguatkuasaan akan sentiasa dilaksanakan dari masa ke semasa,” katanya.
Lapan kenderaan disaman DBKL kerana langgar larangan waktu terhad
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :