Khazanah tidak terbabit dalam penjualan Kidzania Singapore

Khazanah tidak terbabit dalam penjualan Kidzania Singapore

Khazanah tidak terbabit dalam penjualan Kidzania Singapore
Datuk Sim Choo Kheng.

Kuala Lumpur: Pengendali taman tema berpangkalan di Singapura, Sim Leisure Group yang mengambil alih Kidzania Singapore menjelaskan bahawa Khazanah Nasional Bhd tidak terbabit dalam proses penjualan taman tema itu.

Ia menjelaskan bahawa KidZania Singapore adalah aset gagal yang ditutup pada 2020 dan menjadi penerima di bawah pelikuidasi Singapura, yang mana Sim Leisure Group membeli aset tidak alih itu.

Katanya, ia mengambil bidaan daripada pelikuidasi untuk aset tidak alih KidZania Singapore pada kemuncak pandemik menjelang akhir 2020 dan kemudian mengambil masa dua tahun untuk merunding pajakan bagi kemudahan itu dengan Sentosa Development Corp.



“Khazanah Nasional Bhd tidak pernah terbabit dalam proses itu. Memandangkan aset itu berada di tangan pelikuidasi Singapura, semua urusan Sim Leisure Group adalah melalui pelikuidasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan bagi mengulas dakwaan bahawa ia telah memperoleh KidZania Singapore pada ‘harga tidak munasabah’ sebanyak SG$110,000 (RM380,000), apabila Khazanah dan Boustead Holdings Bhd, menerusi entiti usaha samanya, Riang Ria Pte Ltd sebelum ini memiliki KidZania Singapore telah melabur S$48 juta ke KidZania, yang dibuka pada Julai 2016 di Pulau Sentosa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan




Riang Ria dimiliki 80 peratus oleh cabang riadah dan pelancongan Khazanah, Destination Resorts & Hotels Sdn Bhd dan 20 peratus oleh Boustead Curve Sdn Bhd milik penuh Boustead.

Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sim Leisure Group, Datuk Sim Choo Kheng berkata, dalam mengambil alih aset yang gagal seperti KidZania Singapore, yang mana pihaknya dikritik kerana harga pembelian, orang ramai tidak faham bahawa taman tema yang gagal boleh menjadi ‘besi buruk’ pada kebanyakan masa, seperti MAPS di Ipoh.

Katanya, tidak seperti aset lain yang gagal seperti hotel atau resort yang boleh digunakan semula menjadi pangsapuri kediaman atau kegunaan komersial lain, projek taman tema yang gagal mempunyai penggunaan yang sangat terhad.

“Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh industri taman tema di pasaran baru muncul. Taman Tema adalah berisiko tinggi, kerana ia adalah perniagaan yang sangat khusus, yang menjelaskan mengapa begitu banyak projek gagal.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”


“Kebanyakan pelabur di rantau ini tidak mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang yang sangat khusus ini, ia seperti orang yang telah melakukan latihan pertolongan cemas yang cuba menjadi pakar bedah jantung,” katanya.

Choo Kheng berkata, kebanyakan pelabur taman tema di rantau ini tidak terbabit dalam perniagaan itu dan menggunakan taman tema untuk menambah nilai pembangunan mereka untuk menjual hartanah atau mempromosikan perniagaan mereka yang lain, atau kerajaan dengan niat baik untuk memangkin pelancongan.



Beliau berkata, kebanyakan mereka memberi subsidi silang kepada perniagaan tarikan, yang mana dengan subsidi perniagaan itu, ia tidak mampan.

“Mereka berbeza daripada kami, di Sim Leisure Group kami tinggal, makan dan bernafas di taman tema, itu saja yang kami lakukan. Perniagaan kami mesti berdiri sendiri dan mendapat keuntungan dari hari pertama,” katanya.

Khazanah tidak terbabit dalam penjualan Kidzania Singapore


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading