Penyelamat bertungkus-lumus cari Titan

Penyelamat bertungkus-lumus cari Titan

Penyelamat bertungkus-lumus cari Titan
Pasukan mencari dan menyelamat masih mencari kedudukan Titan selepas terputus hubungan. – Foto AFP

Namun Pengawal Pantai AS, Laksamana Muda John Mauger, berkata penyelamat masih komited sepenuhnya walaupun sudah melangkaui masa ditetapkan.

Ketua Operasi multinasional yang membabitkan pesawat tentera AS dan Kanada, kapal pengawal pantai dan robot telepandu kini menumpukan usaha mereka di Atlantik Utara dekat tempat bunyi bawah air dikesan oleh sonar.

Kapal penyelidikan Perancis, Atalante menurunkan robot tanpa pemandu yang mampu mencari pada kedalaman sehingga 6,000 meter di bawah air.

Kapal Canada Horizon Arctic juga telah mengerahkan robot yang sudah sampai ke dasar laut dan memulakan pencariannya.



Mauger juga berkata, kapal yang membawa kakitangan perubatan dan ruang penyahmampatan dalam perjalanan ke kawasan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Tahniah Chegu Bard, Bolehlah Bagi Markah Kesian


Bunyi itu memberikan harapan penumpang kapal selam pelancong kecil itu masih hidup, walaupun pakar belum dapat mengesahkan sumber bunyi.



“Secara terus terang, kami tidak tahu apa itu,” kata Kapten Pengawal Pantai AS Jamie Frederick.

Menurut Pengawal Pantai AS, kapal selam bernama Titan itu mula turun pada pukul 8:00 pagi Ahad dan sepatutnya muncul semula tujuh jam kemudian.

Kapal pelancong sepanjang 21 kaki (6.5 meter) itu terputus komunikasi dengan kapal induknya kurang dua jam dalam perjalanannya untuk melihat Titanic, yang terletak lebih dua batu (hampir empat kilometer) di bawah permukaan Atlantik Utara.

Titan membawa jutawan British Hamish Harding dan jutawan Pakistan, Shahzada Dawood dan anaknya Suleman, yang juga mempunyai kerakyatan British.



OceanGate Expeditions mengenakan bayaran USD250,000 untuk satu tempat duduk di kapal selam.

Penyelamat bertungkus-lumus cari Titan
Kapal selam Titan menuju dasar laut membawa pelancong. – Foto AFP

Penyelamat bertungkus-lumus cari Titan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button