Selepas 7 Bulan PN Masih Gagal Menjadi Pembangkang Yang Baik

Selepas 7 Bulan PN Masih Gagal Menjadi Pembangkang Yang Baik

Selepas 7 Bulan PN Masih Gagal Menjadi Pembangkang Yang Baik

Dalam sistem pentadbiran Demokrasi Berparlimen yang mengamalkan prinsip pengasingan kuasa, terdapat 3 komponen penting di dalam pentadbiran negara:

  1. Perundangan
  2. Pentadbiran (Eksekutif)
  3. Kehakiman

Dalam komponen Perundangan pula ianya terbahagi kepada 2 komponen utama:

  1. Ahli parlimen blok kerajaan
  2. Ahli parlimen blok pembangkang

Di parlimen, segala dasar pentadbiran, perlembagaan dan masalah rakyat dibahaskan oleh kedua-dua pihak (kerajaan dan pembangkang).



Sekiranya diluluskan melalui undian, ianya akan dibahaskan pula di peringkat Dewan Negara untuk dibahaskan dan diluluskan.

Kemudian baharulah dipersembahkan kepada SPB YDP Agong untuk mendapatkan perkenan dari baginda.

Selepas semua proses lengkap, ianya akan dibawa kepada pihak pentadbiran (eksekutif) untuk tujuan perlaksanaan.

Dalam tempoh perlaksanaan, sekiranya ada masalah atau berlaku sesuatu yang tidak wajar, di sinilah ahli parlimen blok pembangkang mempunyai peranan yang sangat penting untuk membuat teguran.



Ianya dipanggil sebagai proses semak imbang bagi pihak pentadbiran (eksekutif), di mana barisan kabinetnya merupakan ahli parlimen blok kerajaan.

PN Gagal Sebagai Kerajaan Dan Juga Pembangkang

Adakah sistem semak imbang dari ahli parlimen pembangkang berjalan dengan baik.

Atau adakah ahli parlimen menjalankan tanggungjawab sebagai penyemak imbang dengan baik?

Selepas 7 bulan Kerajaan Perpaduan dibentuk, ternyata PN yang menjadi pembangkang gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.



Kehidupan rakyat semakin tertekan, nilai matawang semakin jatuh, kos sara hidup semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin kurang adalah antara masalah harian yang sedang dideritai rakyat.

Kerajaan melaksanakan pelbagai dasar untuk cuba membantu, tetapi apakah ianya berkesan?

Tidak ada jawapan yang tuntas.

Kerana sistem semak imbang yang sepatutnya dilakukan oleh pembangkang tidak berfungsi.



Di dalam parlimen, pembangkang sepatutnya bertanya kepada kerajaan, mengapa selepas beratus juta duit dibelanjakan, keadaan masih tidak berubah.

Di mana silapnya, apa yang harus diperbaiki, berikan cadangan bagaimana untuk memperbaikinya dan sebagainya.

Tetapi yang penulis lihat, PN hanya sibuk untuk menjatuhkan kerajaan, hanya sibuk untuk menjatuhkan perdana menteri dan sibuk menjaja fitnah di seluruh negara.

Atau mungkinkah ahli parlimen PN kebanyakannya buta ekonomi dan tidak tahu apa yang harus dilakukan?



Ada asasnya begitu, kerana ekonomi negara hancur selama 17 bulan PN berkuasa dan disambung pula dengan kerajaan bayangan PN lagi 15 bulan.

Ternyata ketika menjadi kerajaan PN telah gagal dan ketika menjadi pembangkang, sekali lagi mereka mengulangi kegagalan mereka.

Apakah kita mahu serahkan semula kuasa baik di peringkat pusat atau negeri kepada pemimpin yang telah menghancurkan ekonomi negara?

 



Selepas 7 Bulan PN Masih Gagal Menjadi Pembangkang Yang Baik

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button