Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri

Kesilapan Syed Saddiq Akan 'Membunuh' MUDA Selepas Pilihanraya Negeri

Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri

Presiden MUDA, Syed Saddiq, telah mengumumkan parti MUDA akan bertanding di semua 6 negeri dalam pilihanraya negeri yang bakal menjelang.

Tambah Syed Saddiq, MUDA hanya akan melatakkan calon di beberapa kawasan DUN sahaja.

Namun begitu, penampilan MUDA pada kali ini tidak lagi bersandar kepada mana-mana parti politik.



Dalam artikata lain, MUDA akan bertanding secara bersendirian untuk menentang Pakatan Harapan/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Persoalannya, apakah MUDA ditaja oleh pihak tertentu untuk berperanan sebagai pemecah undi bagi Pakatan Harapan/Barisan Nasional.

Kita mengetahui, untuk sesebuah parti memasuki sesuatu pilihanraya sebesar ini, ianya memerlukan dana yang cukup besar.

MUDA bukanlah parti yang berpengaruh yang mampu mendapat dana politik dari pihak korporat.



Tidak mungkin ada pihak korporat yang sanggup membelanjakan berjuta ringgit untuk parti politik yang hanya mempunyai satu kerusi DUN dan satu kerusi parlimen.

MUDA juga sememangnya diketahui tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung perbelanjaan calon-calon mereka dalam 6 pilihanraya negeri.

Siapakah sebenarnya yang menaja parti MUDA untuk bertanding di 6 pilihanraya negeri?

Apakah MUDA Akan Kekal Berada Di Blok Kerajaan Selepas PRN?

Satu lagi persoalan yang menarik untuk dibahaskan, apakah MUDA akan kekal berada di blok kerajaan selepas PRN?



Sekiranya MUDA mengambil keputusan untuk bertanding di pilihanraya negeri, sudah pasti calon MUDA akan menentang calon Pakatan Harapan/Barisan Nasional.

Apabila ini berlaku, adakah MUDA akan terus kekal nerada di blok kerajaan di parlimen selepas pilihanraya negeri?

Penulis melihat, Syed Saddiq sudah melakukan kesilapan yang sangat besar apabila memutuskan akan meletak calon dalam pilihanraya negeri.

Sepatutnya MUDA mengambil keputusan untuk tidak meletakkan sebarang calon dan menumpukan perhatian membantu calon Pakatan Harapan/Barisan Nasional.



Ianya pasti akan dapat membantu MUDA untuk memperbaiki hubungan mereka dengan blok Kerajaan Perpaduan.

 

Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button