Siti Nurhaliza ‘sound’ netizen hina kulit album, tergamak tuduh gila

Cantiknya bahasa

Siti Nurhaliza ‘sound’ netizen hina kulit album, tergamak tuduh gila

Siti Nurhaliza ‘sound’ netizen hina kulit album, tergamak tuduh gila
Siti minta pihak SKMM siasat pemilik akaun yang tidak bertanggungjawab.

PENYANYI tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza berang apabila kulit album baharunya berjudul Sitism dipersenda individu tidak bermoral.

Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, dua individu berkenaan memperlekehkan konsep dan judul yang dipilih penyanyi berkenaan.

Bukan itu sahaja, individu berkenaan turut menuduh penyanyi berkenaan mempunyai masalah mental kerana menggunakan fon kepala dalam foto kulit albumnya itu.



“Sitism katanya. Bila search dekat Google keluar autism. Imej dan visual cyber retro futurism.

“Kau dah level penyanyi senior yang ada nama, bukan level awak keluar album dengan imej dan visual yang macam ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




“Siapalah hanat yang sarankan penyanyi bernombor keluar album dengan konsep yang macam ini.”Macam gila isim kan.

“Dekat kepada itu device untuk rawat orang masalah mental kan,” kata netizen berkenaan.

Dalam perkongsian tersebut, Siti turut meminta pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk memeriksa akaun berkenaan.

“Cantiknya bahasa kakak-kakak ini @kakwanlebor @bonda_putehkundor.



 

Siti Nurhaliza ‘sound’ netizen hina kulit album, tergamak tuduh gila
Siti minta pihak tanggungjawab untuk lakukan siasatan.

“Kita bagi SKMM periksa kejap!” kongsinya.

Sejak beberapa hari lalu, Siti membuat kejutan apabila mengumumkan bakal melancarkan album solonya yang ke-20 berjudul Sitism pada 30 Jun ini.

Katanya Sitism merupakan hadiah buat peminat yang setia sepanjang 28 tahun penglibatannya dalam industri muzik tempatan.



Siti Nurhaliza ‘sound’ netizen hina kulit album, tergamak tuduh gila


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading