Perak tiada hutang dengan Teong Kim
Perak tiada hutang dengan Teong Kim

IPOH: Perak FC menegaskan pihaknya tidak menahan gaji mahupun berhutang sebarang bayaran kepada mana-mana pekerja, pemain, atau jurulatih sehingga kini.
Penegasan itu dibuat Perak FC susulan tindakan bekas ketua jurulatihnya, Datuk Lim Teong Kim yang mengemukakan representasi aduan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) mengenai pemecatan atau penamatan kontrak beliau serta-merta daripada mengendalikan pasukan itu yang didakwanya dibuat secara tidak sah.
Malah, bekas jurulatih yang pernah mengendalikan kelab remaja Bayern Munich menuntut Perak FC membayar baki 16 bulan gajinya.
“Perak FC tidak akan mengulas lanjut dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Lim dalam segala urusan beliau di masa hadapan,” kata pengurusan kelab bolasepak itu menerusi kenyataan rasmi malam ini.
Kenyataan sama turut memaklumkan, Perak FC mengambil maklum berkenaan sidang media yang dibuat oleh Teong Kim pagi tadi di pekarangan JPPM, di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
Kata kenyataan itu, seperti diumumkan sebelumnya perkara mengenai Teong Kim dilepaskan daripada tugasnya sebagai ketua jurulatih berada di pihak peguam kelab bolasepak itu untuk diselesaikan.
Tengahari tadi, BH Online melaporkan Teong Kim bersama peguamnya Adam Yap Boon Han mengemukakan representasi aduan mengikut Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967.
Ia atas alasan penamatan kontraknya yang dibuat secara serta-merta pada 24 Mei lalu adalah penamatan secara pramatang dan tidak sah memandangkan kontrak bersama Perak FC seharusnya untuk dua tahun namun hanya berlansung selama lapan bulan.
Mereka turut menuntut supaya pengurusan pasukan Perak FC melunaskan baki bayaran gaji 16 bulan iaitu bermula dari tarikh pemecatan sehingga tarikh sepatutnya kontrak dua tahun mengendalikan pasukan itu tamat.
Adam Yap seterusnya dilapor berkata jika rundingan melalui JPPM selaku badan pendamai masih tidak mencapai apa-apa pendamaian atau kata putus, maka perkara itu kemudiannya akan dirujuk kepada mahkamah perusahaan.
Perak tiada hutang dengan Teong Kim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib