Zizan Sedih Belum Berkesempatan Dipanggil Dengan Gelaran Haji, Sepatutnya Sudah Sampai Seruan!

Zizan Sedih Belum Berkesempatan Dipanggil Dengan Gelaran Haji, Sepatutnya Sudah Sampai Seruan!

Zizan Sedih Belum Berkesempatan Dipanggil Dengan Gelaran Haji, Sepatutnya Sudah Sampai Seruan!

Apabila sampai seruan untuk menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci sama ada bagi mengerjakan umrah atau haji, tunaikanlah tuntutan itu kerana Insya Allah dengan izin-Nya, semua urusan serta perancangan berjalan lancar.

Allah menjadikan tempat itu penuh keistimewaan dan keajaibannya tersendiri. Dia membuatkan hati manusia cenderung untuk menziarahi tempat suci itu serta rindu untuk berada di sana.



Allah juga mengukuhkan cinta dalam hati manusia hingga mereka tidak dapat berpisah dengan tempat itu melainkan dengan perasaan teramat sedih.

Berbincang soal ini, baru-baru ini Jika, pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak menceritakan jika tidak kerana penularan Covid-19 sepatutnya dia sudah bergelar haji ketika ini.

Zizan Sedih Belum Berkesempatan Dipanggil Dengan Gelaran Haji, Sepatutnya Sudah Sampai Seruan!

 



Namun, disebabkan itu, dia yang sepatutnya menunaikan haji pada 2020 tidak dapat berbuat demikian.

Bagaimanapun, Zizan yang juga pelakon filem Polis Evo 3 reda dengan apa yang berlaku.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?



“Insya-Allah memang ada perancangan untuk ke sana. Sebenarnya kalau ikut kata-kata Rasulullah SAW, apabila dua kali pergi umrah, kali ketiganya kena pergi haji.

“Saya dah selesai buat dua umrah. Tinggal nak pergi haji saja tapi belum berkesempatan. Insya-Allah tahun depan saya dapat pergi. Kita sama-sama doakan.

“Sebenarnya itu jadi panduan buat saya sebab bila saya sampai sana sebelum ini, saya tengok orang bersungguh-sungguh buat ibadah termasuk ada yang berkerusi roda”, katanya.

Baginya, orang yang masih muda dan tenaga masih kuat boleh menunaikan haji secepat mungkin tanpa perlu menunggu usia tua.



“Masa tengah kuat, tengah ada duit, tengah boleh cari duit, tolonglah pergi sana. Tolong pergi kerana kita tengah muda ini yang buat kita lagi bersemangat.

“Tengah muda ini kita sampai sana buat kali pertama, doa Allah makbulkan. Doa saja apa yang kita nak,” katanya.

Sementara itu, bercerita mengenai sambutan Aidiladha, Zizan berkata, bapanya, Abdul Razak kini berada di Makkah bagi menunaikan rukun Islam kelima ini buat kali pertama.

Zizan Sedih Belum Berkesempatan Dipanggil Dengan Gelaran Haji, Sepatutnya Sudah Sampai Seruan! 



“Saya akan sambut Aidiladha dengan emak di Kuala Lumpur. Sambutannya mungkin ala kadar dan sederhana saja,” katanya.

Zizan Sedih Belum Berkesempatan Dipanggil Dengan Gelaran Haji, Sepatutnya Sudah Sampai Seruan!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button