Mourinho terlepas dua aksi pertama Serie A
Mourinho terlepas dua aksi pertama Serie A

MILAN: Jose Mourinho akan terlepas dua perlawanan pertama musim baharu Serie A selepas persekutuan bola sepak Itali mengenakan penggantungan 10 hari terhadap jurulatih AS Roma itu apabila beliau mengutuk seorang pengadil sebagai “paling teruk” pernah ditemuinya.
Dalam satu kenyataan, tribunal disiplin FIGC berkata, Mourinho akan menjalani penggantungan itu “sejak permulaan musim baharu liga” yang bermula pada 19 Ogos.
Mourinho dan Roma kedua-duanya didenda 50,000 euro (RM255,000) kerana komennya terhadap Daniele Chiffi, selepas Roma seri 1-1 di Monza dalam liga Itali awal bulan lalu.
Pengendali berusia 60 tahun itu bertembung dengan Chiffi ketika perlawanan dan kemudian berkata beliau adalah “pengadil paling teruk pernah saya hadapi sepanjang karier saya.”
“Beliau sangat teruk, beliau tidak tahu cara berkomunikasi dengan manusia dan tidak berperikemanusiaan,” katanya.
Roma berakhir di tangga keenam Serie A musim lalu selain muncul naib juara Liga Europa. – AFP
Mourinho terlepas dua aksi pertama Serie A
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :