Weah semakin hampir sertai Juventus

Weah semakin hampir sertai Juventus

Weah semakin hampir sertai Juventus
Penyerang AS, Timothy Weah beraksi ketika menentang Iran pada Piala Dunia 2022 di Qatar. – Foto REUTERS

TURIN: Pemain antarabangsa Amerika Syarikat (AS), Timothy Weah tiba di Turin, menurut Juventus pada Rabu sekali gus menguatkan berita pemain itu akan menyertai kelab gergasi Serie A dari kelab Ligue 1 Perancis, Lille.

Juventus berkongsi gambar dan video ketibaan Weah di lapangan terbang Turin dalam kedua-dua laman sesawang dan media sosial mereka.

Weah, yang menyertai Lille dari Paris Saint-Germain pada Jun 2019, akan menjalani ujian perubatan hari ini, sebelum menandatangani perjanjian bernilai 12 juta euro (RM61 juta) selama lima musim, lapor media Itali.



Ketika bintang berusia 23 tahun itu beraksi sebagai pemain pertahanan di Lille, Weah lebih kerap bermain di bahagian sayap dalam 31 perlawanannya bersama AS sejak kali pertama tampil pada 2018.

Weah adalah anak lelaki bekas penyerang AC Milan dan PSG, George Weah, yang memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia dan Ballon d’Or pada 1995 dan kini memegang jawatan Presiden Liberia.

Timothy Weah dilahirkan di New York dan layak mewakili Perancis, Jamaica dan Liberia tetapi dia memilih untuk bermain dengan AS.

Dia sebahagian daripada skuad yang layak ke pusingan 16 terakhir pada Piala Dunia 2022 di Qatar. – REUTERS



Weah semakin hampir sertai Juventus


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button