Penguat kuasa minta rasuah daripada pemandu lori

Penguat kuasa minta rasuah daripada pemandu lori

Penguat kuasa minta rasuah daripada pemandu lori

KUALA LUMPUR: Tiga anggota penguat kuasa jabatan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM800 daripada pemandu lori.

Sumber berkata, pemandu lori berkenaan mendakwa ketiga-tiga suspek lelaki yang menaiki sebuah kenderaan jabatan meminta wang rasuah sebagai balasan untuk melepaskan pemandu lori berkenaan, daripada disaman atas kesalahan tidak memiliki lesen membawa barang kira-kira jam 8.30 malam tadi.



“Ketiga-tiga suspek berusia antara 35 hingga 41 tahun itu ditahan oleh pegawai SPRM di sebuah hentian bas di ibu kota kira-kira jam 11.30 malam hari yang sama,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

“SPRM akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.



Penguat kuasa minta rasuah daripada pemandu lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading