Taiwan tidak gentar tembak jatuh ‘belon pengintip’ China
Taiwan tidak gentar tembak jatuh ‘belon pengintip’ China
TAIPEI: Kementerian pertahanan Taiwan menegaskan tidak akan teragak-agak menembak jatuh ‘belon pengintip’ dari tanah besar China jika dilihat memberi ancaman kepada pulau itu.
Kenyataan itu dibuat berikutan laporan baharu mengenai program belon pengintip Beijing di rantau itu dan penemuan oleh BBC yang menunjukkan Taiwan serta Jepun kini menjadi sasaran China di Asia Timur.
BBC melaporkan, beberapa imej belon dilihat melintasi Asia Timur berikutan projek bersama dengan syarikat kecerdasan buatan Synthetaic yang menganalisis sejumlah besar data satelit.
Menurut laporan itu, terdapat bukti belon berkenaan melintasi Jepun dan Taiwan pada September 2021.
Jepun sebelum ini mengesahkan terdapat belon yang terbang di ruang udara wilayahnya dan negara itu malah bersedia untuk menembaknya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
Pada sidang akhbar semalam, Pengarah Perancang Operasi Bersama Kementerian Pertahanan Taiwan, Mejar Jeneral Lin Wen-huang turut mengumumkan strategi yang sama.
“Jika belon itu menakutkan atau berisiko kepada Taiwan, kami tidak teragak-agak untuk menembak dan memusnahkannya demi menegakkan keselamatan kami,” katanya dipetik South China Morning Post.
Sementara itu, Pegawai Pusat Perisikan kementerian itu, Kolonel Lo Cheng-yu berkata, keadaan di sekitar Selat Taiwan berada di bawah kawalan menyeluruh dan pihaknya sedang mengesan sebarang pergerakan belon altitud tinggi dari tanah besar China.
“Kementerian pertahanan juga mengekalkan penerimaan maklumat secara langsung melalui pertukaran risikan dengan sekutu lain bagi memastikan keselamatan keseluruhan kami terjamin.
“Setakat ini belon, yang terbang dari tanah besar China kebanyakannya dilepaskan oleh unit meteorologi atau pemerhatian di sana. Ini termasuk serpihan belon yang ditemui di pos pertahanan Taiwan di Dongyin Februari lalu,” jelasnya.
Beijing didakwa mempergiatkan latihan ketenteraan rentas selat sejak bekas Speaker Dewan Rakyat Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi melawat Taipei pada Ogos tahun lalu ketika masih memegang jawatan tersebut.
Beijing melihat sebarang pertukaran rasmi dengan pulau itu sebagai pelanggaran kedaulatannya.
Taiwan tidak gentar tembak jatuh ‘belon pengintip’ China
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.