Modric, Lovren boleh dipenjara lima tahun
Modric, Lovren boleh dipenjara lima tahun

ZAGREB: Pendakwa raya Croatia sekali lagi mendakwa kapten skuad kebangsaan Luka Modric dan bekas pemain antarabangsa Dejan Lovren kerana memberikan keterangan palsu dalam perbicaraan besar berkaitan kes rasuah bola sepak.
Kedua-dua pemain itu hadir pada 2017 sebagai saksi semasa perbicaraan rasuah berjuta-juta euro bekas bos Dinamo Zagreb, Zdravko Mamic dengan memberikan butiran perpindahan mereka dari kelab juara semasa Croatia.
Pada masa itu, Modric memberi keterangan mengenai butiran perpindahannya pada 2008 dari Dinamo ke kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur. Dia kemudiannya menyertai Real Madrid pada 2012.
Lovren memberikan butiran mengenai perpindahannya pada 2010 dari Dinamo ke kelab Perancis, Lyon, yang mana dia kini beraksi.
Kedua-dua pemain itu didakwa dengan keterangan palsu pada 2018, tetapi pertuduhan itu kemudiannya digugurkan kerana kekurangan bukti – tahun itu buat Modric dan pada awal 2019 bagi Lovren.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Banyak wang dan aset negara tiris ketika Parti BERSATU kongsi kerajaan bersama DAP
- Selamat Tinggal Sanusi Md Nor
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
Semalam, pendakwa raya di bandar timur Osijek mendakwa dua orang dengan hanya menyebut tahun kelahiran mereka kerana “memberi keterangan palsu.” Media tempatan kemudian mengenal pasti mereka sebagai Modric dan Lovren.
Modric didakwa memberikan keterangan palsu “pada 13 Jun 2017 di hadapan mahkamah daerah Osijek”, menurut kenyataan pendakwa raya, memetik tarikh pemain tengah itu memberi keterangan semasa perbicaraan Mamic.
Lovren didakwa pada 1 September 2017.
Memberi keterangan palsu di mahkamah boleh dihukum sehingga lima tahun penjara di Croatia. – AFP
Modric, Lovren boleh dipenjara lima tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :